Ringgit mengukuh tiga hari berturut-turut - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh tiga hari berturut-turut


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi selama tiga hari berturut-turut menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang dinanti-nantikan.

Data IHP boleh menentukan langkah Rizab Persekutuan (Fed) yang seterusnya sama ada menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas atau 50 mata asas pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan datang, dijadualkan dari 31 Januari hingga 1 Februari.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3700/3725 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3755 pada Selasa.

Ringgit mencecah paras 4.36 sebelum itu tetapi merosot kemudiannya.

"Pasaran cenderung kepada data IHP yang rendah. Oleh itu, pengurangan 25 mata asas (mungkin) tetapi pasaran akan memerlukan pengesahan sebelum menjual lebih banyak dolar AS.

"Minat untuk mengambil risiko di Asia pada amnya terus disokong, iaitu baik untuk pasaran mata wang tempatan," katanya kepada Bernama.

Innes berkata, peserta pasaran daripada kaji selidik oleh penyedia data pasaran kewangan dan infrastruktur global, Refinitiv, menjangka harga akan meningkat sebanyak 6.5 peratus tahun ke tahun pada bulan terakhir 2022, turun daripada 7.1 peratus pada November.

Sementara itu, ringgit turut diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2820/2841 daripada 3.2856/2891 pada Selasa dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2984/3007 daripada 3.3160/3196 sebelum ini.

Mata wang tempatan naik berbanding pound kepada 5.3017/3047 daripada 5.3258/3307 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6938/6965 daripada 4.6972/7015.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini