Ringgit tertinggi dalam sembilan bulan, RM4.25 sedolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit tertinggi dalam sembilan bulan, RM4.25 sedolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran menaiknya untuk ditutup pada paras tertinggi hampir sembilan bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan minat pembelian yang lebih baik di tengah-tengah sentimen menggalakkan, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2575/2625 berbanding dolar AS daripada 4.2830/2875 yang disaksikan semasa Jumaat lalu.

Pasaran kembali diniagakan hari ini selepas ditutup pada 23 dan 24 Januari sempena cuti Tahun Baharu Cina.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata ringgit meneruskan prestasi cemerlangnya, selepas disokong oleh jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) sedang menuju ke arah penurunan yang akan mengukuhkan mata wang Asia.

"Pembukaan semula China turut merangsang sentimen pasaran terhadap mata wang tempatan, dengan jangkaan peningkatan permintaan pelancong China yang akan memberi dorongan kepada perkhidmatan tempatan dan penerima manfaat pelancongan," katanya kepada Bernama.

Pada penutup, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.2352/2392 daripada paras 3.2386/2425 yang dicatatkan pada Jumaat lalu dan mengukuh berbanding yen kepada 3.2790/2831 daripada 3.3073/3111.

Ia juga naik berbanding pound kepada 5.2418/2480 daripada 5.2861/2916 dan semakin mantap berbanding euro kepada 4.6322/6376 daripada 4.6393/6442.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini