Dolar AS lemah, ringgit ditutup lebih tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Dolar AS lemah, ringgit ditutup lebih tinggi


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS yang lemah apabila peniaga men
yesuaikan kedudukan mereka menjelang set data indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan lewat hari ini.

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.3455/3495 berbanding dolar AS daripada 4.3575/3625 ketika ditutup pada Isnin.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata sentimen pelabur bertambah baik di dalam dan luar negara apabila mereka mengalihkan tumpuan mereka kepada data inflasi AS yang akan dikeluarkan.

Di dalam negara, ekuiti domestik dan aliran masuk menunjukkan trend positif walaupun kekurangan pemangkin domestik.

"Semua yang berlaku dalam beberapa minggu kebelakangan ini menunjukkan tekanan menaik jangka pendek terhadap inflasi AS pada awal tahun ini, walaupun ia akhirnya turun lebih mendadak pada akhir tahun.

"Persoalan besar ialah bagaimana pasaran akan bertindak balas terhadap sebarang rentak menaik kepada CPI AS malam ini,'' katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2764/2799 daripada 3.2697/2739 ketika ditutup pada Isnin dan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.2918/2951 daripada 3.2837/2877 sebelumnya.

Mata wang tempatan itu juga turun berbanding euro kepada 4.6762/6805 daripada 4.6521/6574 semalam dan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.2963/3012 daripada 5.2447/2507 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini