Sentimen lemah, ringgit jatuh kepada RM4.43 sedolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Sentimen lemah, ringgit jatuh kepada RM4.43 sedolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih rendah selepas mencatatkan keuntungan semalam dengan sentimen pasaran kekal lemah berikutan kebimbangan yang berlarutan berhubung keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengenai kadar faedah, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.4310/4345 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada penutupan semalam iaitu 4.4280/4325.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata peniaga tempatan mengecualikan diri dari pasaran bagi menunggu lebih banyak butiran mengenai reaksi Fed terhadap siri data ekonomi AS yang lebih kukuh daripada jangkaan.

"Pada masa sama, tumpuan rakyat kekal pada pembentangan semula Belanjawan 2023, Jumaat ini.

"Bagaimanapun, apabila pasaran mula menjangkakan kembali pendirian Fed yang lebih agresif di tengah-tengah sentimen risiko yang goyah, gabungan itu biasanya memberi kesan buruk kepada ringgit," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 3.2910/2938 daripada 3.2998/3036 yang direkodkan semalam, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3117/3148 daripada 3.3136/3172 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7230/7267 daripada 4.7291/7339.

Bagaimanapun, ia lemah berbanding pound Britain kepada 5.3531/3573 daripada 5.3233/3288 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini