Kami telah bekerjasama dengan MyCARE Malaysia untuk memberi sumbangan barangan persekolahan kepada kanak-kanak yang terjejas akibat banjir besar yang melanda negeri Kelantan baru-baru ini.
Banjir itu telah memusnahkan beribu-ribu rumah dan menyebabkan ramai keluarga bergelut untuk menampung kehidupan pasca banjir. Bagi sesetengah keluarga yang kurang bernasib baik dengan sumber yang terhad, barangan persekolahan anak-anak bukan menjadi keutamaan mereka.
Sehubungan dengan itu, kami telah memanfaatkan program Kembali Ke Sekolah dengan mengagihkan barangan persekolahan seperti beg galas, pakaian, kasut, alat tulis dan barangan lain, bagi membantu kanak-kanak ini meneruskan pengajian mereka dan membuka buku kehidupan yang baharu. Setiap pelajar turut diberi peluang untuk memperibadikan pakej mereka agar bersesuaian dengan keperluan khusus mereka.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk sentiasa memberikan bantuan pasca banjir dan meningkatkan kehidupan golongan kurang berkemampuan di Malaysia.
Rakan kongsi kami, MyCARE, ialah sebuah organisasi amal bukan untung yang diiktiraf oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Mereka sering berusaha tanpa mengenal erti penat lelah untuk melindungi hak asasi manusia, menyediakan akses pendidikan dan memberikan bantuan bencana. Ketahui lebih lanjut tentang MyCARE atau salurkan sumbangan anda di sini.