Ringgit kembali rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kembali rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri pengukuhan awal berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila ditutup rendah pada Khamis berikutan peningkatan unit negara maju itu walaupun data Indeks harga Pengguna AS lemah, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.4615/4665 berbanding dolar AS daripada 4.4565/4605, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS mendapat momentum walaupun kadar inflasi April AS mencatat angka lebih rendah daripada dijangkakan.

"Peserta pasaran agak berhati-hati mengenai prospek global susulan pendirian dasar monetari Rizab Persekutuan AS (Fed) yang ketat manakala tindakan bank pusat di Eropah pula berkemungkinan memberi kesan terhadap pertumbuhan.

"Atas alasan itu, terdapat kemungkinan sentimen mengelak risiko sebagaimana dipaparkan dalam peningkatan Indeks Dolar AS," katanya kepada Bernama.

Sewaktu ditutup, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.8751/8805 daripada 4.8830/8874 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6161/6224 daripada 5.6254/6305, namun turun berbanding yen Jepun kepada 3.3122/3161 daripada 3.2962/2994, semalam.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean.

Unit tempatan itu susut kepada 3.3588/3628 berbanding dolar Singapura daripada 3.3563/3596 pada Rabu dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 3.9/303.5 daripada 302.4/302.8.

Ringgit bagaimanapun meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2283/2482 daripada 13.2354/2528 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.00/801.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini