Ringgit meningkat kepada RM4.45 sedolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit meningkat kepada RM4.45 sedolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, didorong ketidaktentuan sentimen pasaran menjelang keputusan kadar faedah AS.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4570/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4640/4640 ketika ditutup pada Selasa.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata menjadi kelaziman untuk pasaran bergerak secara mendatar menjelang keputusan seperti ini, terutama ketika fakta menunjukkan bahawa inflasi di AS kekal tinggi, walaupun kadarnya semakin perlahan dengan setiap bacaan baharu.

"Justeru, kebanyakan pakar yakin Rizab Persekutuan AS (Fed) akan meningkatkan kadar faedah kepada 5.25 peratus daripada 5.00 peratus.

"Jika itu berlaku, mesej keseluruhan kepada pasaran ialah Fed akan terus mengetatkan dasar monetarinya, walaupun pada kadar lebih perlahan di samping memantau ekonomi dengan teliti," katanya dalam nota penyelidikan.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Unit domestik turun berbanding yen Jepun kepada 3.2674/2698 daripada 3.2388/2402 semalam dan naik berbanding pound British kepada 5.5619/5656 daripada 5.5632/5636.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding euro kepada 4.9089/9122 daripada 4.8902/8906 semalam.

Mata wang tempatan juga didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 302.8/303.2 daripada 303.3/303.5 ketika ditutup pada Selasa, serta naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3403/3431 daripada 3.3411/3414.

Unit tempatan tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.04/8.05 daripada 8.05/8.07 semalam namun rendah berbanding baht Thailand kepada 13.0830/0984 daripada 13.0423/0478.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini