XM Beli-Belah Bersama Anak Yatim Indonesia - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

XM Beli-Belah Bersama Anak Yatim Indonesia


Kami telah bekerjasama dengan Human Initiative Indonesia pada 11 Mac lalu, untuk menganjurkan program ‘Membeli-Belah Bersama Anak-Anak Yatim’ di Transmart Cempaka Putih, Jakarta Pusat. Matlamat kami adalah untuk mengurangkan beban kewangan kanak-kanak tanpa ibu bapa yang tinggal di kawasan berkenaan.

Sehubungan dengan itu, kami telah memberikan baucar beli-belah kepada 30 anak yatim dari 4 sekolah bantuan Human Initiative: SDIT Al Amanah (10 pelajar), SDIT Al Mubarok (5 pelajar), SDIT Perjuanganku (5 pelajar) dan SDIT Tunas Muda (10 pelajar). Mereka diberi kebebasan pilihan untuk membeli barangan yang diperlukan, seperti peralatan sekolah, pakaian atau makanan.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk membantu individu dan kanak-kanak yang memerlukan. Kami juga percaya bahawa tindakan sederhana sebegini mampu menggembirakan dan memberi impak yang besar dalam kehidupan orang ramai.

Rakan kongsi kami, Human Initiative merupakan organisasi amal Indonesia, dengan lebih 3,000 sukarelawan di 13 negara. Ia disenaraikan sebagai institusi rakan kongsi untuk program sosial Kesatuan Eropah, dan sebagai NGO dengan Status Perundingan Khas dengan Majlis Ekonomi dan Sosial untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Baca lebih lanjut dan salurkan sumbangan anda di sini.










































































Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini