Ringgit susut, RM4.61 berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
InstaForex

Ringgit susut, RM4.61 berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin seiring dengan prestasi mata wang serantau yang lebih lemah berikutan pengukuhan dolar AS, kata seorang pakar ekonomi.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.6140/6175 berbanding dolar AS 4.5865/5895 pada Jumaat lalu.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pelabur telah memasuki mod mengelak risiko apabila peserta pasaran meneliti data China yang menunjukkan tanda-tanda kelemahan.

"Memandangkan perbezaan ketara dasar monetari di China dan Amerika Syarikat yang menunjukkan pihak pertama cenderung kepada pelonggaran, ini akan menjadikan dolar AS lebih menonjol.

"Oleh itu, dolar AS akan disokong dengan baik dalam tempoh terdekat," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata ringgit lebih terdedah kepada kelemahan ekonomi dan yuan China berikutan hubungan perdagangan rapat Malaysia dengan China.

"Memandangkan keputusan status quo daripada risiko politik pasca pilihan raya, kami berpendapat ringgit yang lebih lemah adalah berkaitan dengan masalah ekonomi China," katanya.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding yen Jepun kepada 3.1832/1858 daripada 3.1712/1735 pada Jumaat lalu, turun berbanding pound Britain kepada 5.8575/8619 daripada 5.8230/8268 dan lebih rendah berbanding euro kepada 5.0519/0557 daripada 5.0351/0.384 sebelumnya.

Dalam pada itu, unit tempatan itu itu diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN yang lain.

Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 301.2/301.6 daripada 301.3/301.6 pada Jumaat lepas dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.11/8.13 daripada 8.14/8.15.

Bagaimanapun, ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4064/4095 daripada 3.3967/3991 ketika ditutup pada Jumaat dan merosot berbanding baht Thailand kepada 13.1173/1332 daripada 13.0737/0871 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini