Ringgit terus merosot kepada RM4.69 sedolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
InstaForex

Ringgit terus merosot kepada RM4.69 sedolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran menurunnya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) hari ini dan esok untuk memutuskan tentang kadar faedah.

Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.6940/6980 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6870/6915 pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pendirian dasar monetari ketat oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka dikekalkan pada mesyuarat FOMC kali ini meskipun jangkaan konsensus tiada perubahan dalam pergerakan kadar Fed.

"Oleh itu, dolar AS dijangka mendapat sokongan padu, yang akan membawa kepada penurunan nilai ringgit dalam tempoh terdekat. Trend itu dijangka berterusan sehingga mesyuarat FOMC berakhir pada 20 September," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding yen Jepun kepada 3.1776/1806 daripada paras penutup 3.1750/1783 pada Isnin dan susut berbanding euro kepada 5.0160/0203 daripada 5.0020/0068 sebelumnya tetapi naik sedikit berbanding pound Britain kepada 5.8126/8175 daripada 5.8128/8184.

Pada masa yang sama, ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4436/4468 daripada 3.4347/4383 pada Isnin dan susut berbanding peso Filipina kepada 8.27/8.28 daripada 8.24/8.25 sebelumnya.

Ia juga jatuh berbanding rupiah Indonesia kepada 305.1/305.6 daripada 304.8/305.3 tetapi mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.0563/0718 daripada 13.1156/1337.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini