Strategi Sistem DeMarker - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Strategi Sistem DeMarker


Pendahuluan

Indikator DeMarker telah diasaskan dan diperjelaskan oleh Thomas DeMark.

Prinsip asasnya adalah seperti berikut: paras tertinggi intrahari pada hari semasa dibandingkan dengan paras tertinggi intrahari pada hari sebelumnya. Jika paras maksimum intrahari pada hari semasa adalah lebih tinggi, perbezaan yang berkenaan dicatatkan. Nilai sifar direkodkan jika paras maksimum intrahari kurang daripada atau sama dengan paras maksimum intrahari hari sebelumnya. 

Kemudian, perbezaan yang didapati dari cara ini akan diringkaskan. Nilai ini menjadi pengangka kepada indikator, yang dibahagikan dengan nilai yang sama ditambah jumlah perbezaan antara harga minimum hari sebelumnya dan hari semasa.

Apabila indikator berada di bawah paras yang lebih rendah – harga mungkin menyongsang KE ATAS.

 Apabila indikator berada di atas paras yang lebih tinggi – harga mungkin menyongsang KE BAWAH.


Setup Untuk Strategi

Instrumen: apa sahaja

Indikator: DeMarker, Parabolic SAR

Tetapan: tukar paras DeMarker kepada 0.2 dan 0.8.

Rangka masa: >30M


Peraturan Untuk Entri Long

1. Tunggu garisan DeMarker untuk menembusi garis BAWAH dan kembali semula ke zon bekerja

2. Parabolic SAR sepatutnya mula meningkat, atau sekurang-kurangnya akan membentuk poin terakhir pada arah trend bearish

Adalah disyorkan untuk menggunakan Renti Rugi pada aras minimum lokal yang terdekat sebelum signal tersebut diterima.

Contohnya, kami membuka posisi long GDPUSD di aras 1.20880 apabila indikator Parabolic SAR mula bergerak KE ATAS, dan pada masa yang sama, garisan DeMarker menembusi garis bawahnya. Renti Rugi berada pada paras terendah yang paling rendah (lowest low) – di 1.18412.

Kami terus berdagang sehingga Parabolic SAR menukar arahnya dan mula jatuh – di 1.23175.

Kami memperoleh keuntungan 2295 poin.


Peraturan Untuk Entri Short

1.Tunggu sehingga garisan DeMarker menembusi garis ATAS dan kembali semula ke zon bekerja

2. Parabolic SAR sepatutnya mula jatuh, atau sekurang-kurangnya akan membentuk poin terakhir pada trend bullish

Adalah disyorkan untuk menggunakan Renti Rugi pada aras maksimum lokal yang terdekat sebelum signal tersebut diterima.

Kami membuka posisi short GDPUSD di 1.40013 apabila indikator Parabolic SAR mula bergerak KE BAWAH, dan pada masa yang sama, garisan DeMarker menembusi garis atasnya. Renti Rugi berada pada paras tertinggi yang paling tinggi (highest high) – di 1.41829.

Kami terus berdagang sehingga Parabolic SAR menukar arahnya dan mula meningkat – di 1.38366.

Kami memperoleh keuntungan 1647 poin.


Peraturan Untuk Ambilan Untung

Ambilan Untung boleh dibuat menggunakan nisbah 3:1, iaitu, urusniaga harus membawakan 3 poin keuntungan untuk setiap 1 poin kerugian.

Cara lain untuk memilih Ambilan Untung adalah dengan menyemak Parabolic SAR. Jika indikator mula menukar arah – inilah masanya untuk menutup posisi.

Nota Penting

Adalah sangat penting untuk anda tahu bahawa strategi ini hanya berfungsi semasa pasaran sedang berada dalam trend. Semasa pasaran yang mendatar, strategi ini boleh menghasilkan banyak signal palsu.

Berdagang dengan FBS menggunakan Indikator DeMarker dan Parabolic SAR dan dapatkan keuntungan yang stabil.





Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini