Momen Menarik di Acara MotoGP Malaysia - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Momen Menarik di Acara MotoGP Malaysia


15 pemenang promosi MotoGP Malaysia kami berpeluang untuk merasai pengalaman yang tidak dapat dilupakan, meluangkan masa seharian di litar Sepang yang terkenal.

Para pemenang kami sangat teruja untuk menonton MotoGP dari reruai korporat eksklusif kami, malah mereka memakai pakaian XM yang bergaya untuk acara tersebut. Riak wajah pemenang utama kami juga jelas gembira kerana berjaya membawa pulang sebuah motosikal Ducati Panigale V2 berkuasa tinggi (hadiah pertama) dan dua motosikal Honda Wave Alpha (hadiah kedua dan ketiga).

Setiap pemenang kami mempunyai pesaing kegemaran mereka, dan mereka turut bersorak riang sepanjang kejohanan dunia itu berlangsung. Selain itu, pemenang kami juga berpeluang melihat motosikal berkuasa tinggi secara dekat di kedudukan khas dan menerima cenderamata untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.

Sehubungan dengan itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang sudi mengambil bahagian dalam promosi kami pada kali ini, dan tidak lupa juga kepada pemenang yang menyumbang kepada kejayaan hari penuh istimewa ini.

Semoga kita berjumpa lagi pada masa hadapan. Nantikan perkembangan terkini untuk promosi kami yang akan datang!


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini