Ringgit merosot kepada RM4.67 sedolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit merosot kepada RM4.67 sedolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah 0.26 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan mata wang tempatan bergelut untuk melepasi paras sokongan segera pada 4.6611 selepas melepasinya minggu ini, kata Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.6710/6760 berbanding dolar AS daripada 4.6590/6635 pada Khamis.

"Perbincangan mengenai kemungkinan kepada penyusutan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS telah membangkitkan momentum apabila PCE (Perbelanjaan Penggunaan Peribadi) utama AS terus menyusut kepada 3.4 peratus pada Oktober berbanding 3.7 peratus pada bulan sebelumnya.

"Bagaimanapun, pasaran buruh AS terus mencatatkan prestasi kukuh apabila tuntutan pengangguran pada minggu lalu adalah lebih rendah daripada jangkaan iaitu 218,000 (konsensus:220,000)," katanya kepada Bernama.

Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding euro kepada 5.0900/0954 daripada 5.0918/0967 semasa ditutup pada Khamis dan meningkat semula berbanding yen Jepun kepada 3.1591/1627 daripada 3.1601/1634 sebelumnya.

Ringgit rendah berbanding pound Britain kepada 5.9168/9231 daripada 5.8941/8998 semalam.

Sementara itu, mata wang tempatan rendah berbanding mata wang ASEAN lain.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4973/5016 daripada 3.4883/4920 semalam, susut berbanding baht Thailand kepada 13.3301/3505 daripada 13.2335/2546 pada Khamis, dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 301.15/302.8 semasa ditutup semalam.

Mata wang tempatan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.43/8.44 daripada 8.39/8.41 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini