Ketua Ahli Ekonomi World Bank bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghil.
KUALA LUMPUR: Punca sebenar prestasi lemah ringgit boleh dikaitkan dengan kemerosotan daya saing jangka panjang negara berikutan kekurangan pembaharuan yang dilaksanakan selepas Krisis Kewangan Asia 1998 (AFC), kata Ketua Ahli Ekonomi Malaysia Bank Dunia, Apurva Sanghi.
Beliau berkata, walaupun banyak negara Asia turut merosot selepas AFC, kekurangan pembaharuan oleh Malaysia menjejaskan ekonominya dalam jangka panjang.
Katanya, pelaburan dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia dalam aliran menurun sejak AFC.
"Lebihan fiskal terakhir Malaysia adalah ketika pra-AFC. (Peratusan) Eksport berbanding KDNK menguncup daripada 120 peratus pada 1999 kepada 68 peratus pada 2023," katanya dalam hantaran di platform media sosialnya.
Dalam hantarannya itu, Apurva mengakui ringgit pada asalnya bermula dengan lebih kukuh berbanding baht Thailand dan won Korea selepas AFC, namun sekaran tidak lagi sedemikian.
Beliau berkata, ia berikutan Thailand dan Korea melaksanakan pembaharuan selepas krisis.
Katanya, mereka memilih 'kepedihan' dalam jangka pendek dengan melakukan pembaharuan, namun lebih baik untuk jangka masa panjang dan Malaysia tidak bertindak sedemikian.
"Jika anda mahu turunkan berat badan, anda bangunkan tabiat yang baik terlebih dulu. Berat akan bertindak sendiri. Begitu juga, ringgit terkesan sebahagian besarnya oleh kemerosotan jangka panjang daya saing Malaysia.
"Jika anda bertindak terhadap kemerosotan ini -- yang mana pembuat dasar mahu lakukan (ketika ini) - ringgit akan bertindak sendiri," katanya.
Apurva juga berkata, kejutan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) juga menjejaskan ringgit.
Beliau berkata, pergerakan dolar Amerika Syarikat (AS) dan prestasi ekonomi China juga mempengaruhi prestasi ringgit.
"Faktor luaran (AS, China) jelas penting tetapi mempengaruhi negara berbeza secara berbeza. Kenapa? Kerana perbezaan keadaan domestik dan maklum balas," katanya.
Some more on MYR/USD hitting 4.8
— Apurva Sanghi (@ApurvaSanghi) February 23, 2024
TLDR
1. USD, China matter but partly
2. MYR weak 'cos of long-term decline in 🇲🇾 competitiveness
3. If you want to lose weight, you develop good habits first. Weight takes care of itself. Address this decline & MYR will take care of itself🧵 https://t.co/YRJamYZpIO
The USD factor:
— Apurva Sanghi (@ApurvaSanghi) February 23, 2024
Sure, USD affects MYR
But PHP, VND, IDR, THB – have all depreciated less than MYR since the last US rate hike (fig) pic.twitter.com/dVssYgz2Gx