Nilai ringgit dijangka meningkat tahun ini - Amir Hamzah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Nilai ringgit dijangka meningkat tahun ini - Amir Hamzah


KUALA LUMPUR: Malaysia menjangkakan nilai ringgit akan meningkat tahun ini, berikutan asas dan prospek positif ekonomi, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan di Parlimen hari ini.

Ringgit mencecah seketika paras terendah dalam tempoh 26 tahun minggu lalu, dan telah susut kira-kira 3.7 peratus setakat tahun ini.

Bank pusat Malaysia berkata, mata wang telah terkurang nilai dan tidak mencerminkan asas kukuh negara ini.

"Memandangkan eksport meningkat pada Januari dan prospek pelaburan adalah amat baik...dengan fokus untuk memudahkan perniagaan (di dalam negara), saya percaya ringgit akan mencatatkan prestasi lebih baik tahun ini," kata Amir Hamzah.

Beliau menambah bahawa walaupun bank pusat boleh menyesuaikan dasar monetari bagi menyokong ringgit, sebarang kenaikan dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) boleh memberi kesan kepada ekonomi dan membebankan rakyat.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini