Ringgit catat paras terendah baharu berbanding dolar Singapura - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit catat paras terendah baharu berbanding dolar Singapura

 


KUALA LUMPUR: Ringgit merekodkan paras harian terendah dalam sejarah baharu iaitu 3.549 berbanding dolar Singapura pagi ini.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pengukuhan dolar Singapura itu adalah selaras dengan kenaikan dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding mata wang utama lain.

Katanya, ini kerana Penguasa Monetari Singapura (MAS) menguruskan dasar monetarinya melalui pelarasan dalam kadar pertukaran untuk membantu mengemudi pertumbuhan ekonomi dan kadar inflasi negara.

"Kadar pertukaran adalah kolektif mata wang yang membentuk Kadar Pertukaran Berkesan Nominal SGD (SGDNEER).

"Komposisi SGDNEER tidak diketahui umum tetapi mungkin, dolar AS berkemungkinan menjadi komponen utama," katanya.

Bernama melaporkan ringgit berbanding dolar AS pada awal urus niaga pagi ini, namun diunjur pulih kemudiannya didorong oleh jangkaan China mengumumkan langkah bagi merangsang ekonomi negara itu.

Pada 9.01 pagi ini, ringgit berada di paras 4.7590/7625 berbanding dolar AS daripada paras 4.7570/7620 pada akhir urus niaga semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini