Harga emas pukal rekod paras tertinggi, RM363.76 segram - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga emas pukal rekod paras tertinggi, RM363.76 segram


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih lemah berbanding dolar US hari ini selepas dolar AS mengukuh berikutan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7680/7730 berbanding dolar US daripada 4.7455/7500 yang disaksikan pada Selasa lepas.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kadar inflasi AS yang tinggi nampaknya telah melonjakkan nilai dolar AS apabila timbul kemungkinan Rizab Persekutuan akan mengekalkan pendirian dasar monetarinya yang agak ketat untuk tempoh yang lama.

"Pada pada masa yang sama, ia juga masih tidak pasti sama ada ekonomi AS dapat menahan trajektori kadar faedah yang lebih tinggi untuk tempoh yang berlarutan kerana ini akan menjejaskan pelaburan swasta dan perbelanjaan pengguna.

"Walaupun begitu, perdebatan sama ada pemotongan kadar AS akan berlaku atau sebaliknya telah memberi keuntungan kepada dolar AS lebih daripada apa-apa yang lain," katanya kepada Bernama.

Pada penutup, ringgit didagangkan lebih baik berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mantap berbanding yen Jepun kepada 3.1098/1133 daripada 3.1255/1287 pada penutup Selasa, menambah nilai berbanding euro kepada 5.0808/0861 daripada 5.1565/1614 dan menokok berbanding pound British kepada 5.9562/69024 daripada 6.0173/0230.

Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN kecuali dolar Singapura.

Ia jatuh berbanding baht Thailand pada 13.0831/13.1036 daripada 13.0500/13.0678, merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 300.8/301.3 daripada 299.3/299.8 dan lebih rendah berbanding peso Filipina kepada 8.43/8.44 daripada 8.41/8.42 sebelumnya.

Bagaimanapun, mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.5090/5129 daripada 3.5262/5298 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini