Minat belian muncul semula, ringgit meningkat - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Minat belian muncul semula, ringgit meningkat


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin di tengah-tengah minat belian yang muncul semula terhadap mata wang tempatan itu.

Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7075/7130 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7100/7130 pada Jumaat minggu lalu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata sentimen dijangka kekal menjelang pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat depan.

Beliau berkata, dasar ketat monetari Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka memberi sokongan terhadap dolar AS memandangkan kelongggaran monetari kemungkinan besar tidak dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

"Pegawai tinggi Fed dijangka terus menekankan pandangan bahawa kadar faedah penanda aras perlu terus kekal tinggi untuk membendung inflasi bagi mencapai sasaran 2.0 peratus yang ditetapkan mereka," katanya kepada Bernama.

Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.0030/0067 daripada paras 2.9996/3.0017 pada Jumaat, turun berbanding euro kepada 5.1076/1136 daripada 5.1000/1032 dan berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.9969/6.0039 daripada 5.9859/9898 sebelumnya.

Berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain, unit tempatan diniagakan kebanyakannya rendah.

Ringgit susut berbanding baht Thailand kepada 12.8424/8626 daripada 12.8373/8507 dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.10/8.11 daripada 8.09/8.10.

Unit tempatan jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4883/4927 daripada paras penutup 3.4876/4901 pada Jumaat dan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 294.3/294.7 daripada 294.5/294.7 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini