Ringgit jatuh, sentimen dipengaruhi komen pegawai bank pusat AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
InstaForex

Ringgit jatuh, sentimen dipengaruhi komen pegawai bank pusat AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini kerana sentimen pasaran telah dipengaruhi oleh komen-komen daripada pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS.

Pada 9 pagi, ringgit turun kepada 4.6910/6950 berbanding mata wang AS daripada 4.6850/6875 ketika ditutup Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata seperti yang dijangkakan, penceramah di Fed AS terus menyatakan pendirian mereka kerana mereka yakin dengan trajektori disinflasi semasa.

"Oleh itu, penurunan kadar faedah nampaknya terlalu awal untuk sesetengah daripada mereka.

"Antaranya, Presiden Federal Reserve Bank of Cleveland, Loretta Mester, berpendapat bahawa dasar monetari sekarang berada pada kedudukan yang baik untuk menangani kedua-dua risiko iaitu inflasi tinggi atau rendah," katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, beliau menjangkakan ringgit akan didagangkan dalam julat yang ketat menjelang minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS yang akan dikeluarkan pada 23 Mei depan.

"Ringgit dijangka diniagakan antara RM4.6800 hingga RM4.6900 kerana sesetengah peserta pasaran mungkin mengambil sedikit keuntungan kerana petunjuk teknikal telah menunjukkan bahawa lebihan belian akan muncul," katanya.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali yen Jepun yang melebihi paras 2.90.

Ringgit naik berbanding yen Jepun pada 2.9984/3.0012 daripada 3.0084/0104 ketika ditutup pada Isnin.

Unit tempatan meosot berbanding euor kepada 5.0944/0988 daripada 5.0921/0948 dan susut berbanding pound Britain kepada 5.9613/9664 daripada 5.9518/9550.

Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN, menokok berbanding baht Thailand kepada 12.9550/9714 daripada 12.9987/13.0100 sebelumnya dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.09/8.11.

Bagaimanapun, ringgit berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 293.5/293.9 daripada 293.1/293.5 dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4813/4845 daripada 3.4809/4831 ketika ditutup pada Isnin.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini