KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini memandangkan pasaran menunggu keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) malam ini, kata penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7160/7185 berbanding dolar AS daripada 4.7175/7205 semasa ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Indeks Dolar AS (DXY) terus berlegar melepasi 105 mata apabila Rizab Persekutuan (Fed) AS mengekalkan pendirian terbatas berikutan data yang kukuh bagi Senarai Gaji Bukan Ladang AS pada Jumaat lalu.
"Bagaimanapun, tiada keputusan dibuat mengenainya dan unjuran makroekonomi terkini akan menjadi faktor penting yang menentukan sentimen terhadap jangkaan penurunan kadar.
"Buat masa ini, September dijangka sebagai bulan untuk Fed memulakan pelonggaran monetari berdasarkan anggaran konsensus," katanya kepada Bernama.
Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan mengukuh berbanding yen kepada 2.9977/9995 daripada 3.0000/0021 semasa ditutup pada Selasa, namun merosot berbanding euro kepada 5.0711/0738 daripada 5.0708/0741 semalam, dan susut berbanding pound kepada 6.0157/0189 daripada 6.0073/0111 sebelumnya.
Berbanding mata wang serantau ASEAN, mata wang tempatan itu meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 289.3/289.7 daripada 289.5/289.9 semasa ditutup pada Selasa.
Bagaimanapun, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4879/4900 daripada 3.4862/4887 semalam, berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.8529/8643 daripada 12.8364/8491 dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.05/8.4 daripada 8.05/8.4 sebelum ini.