Ringgit jatuh berbanding dolar AS, mata wang utama - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit jatuh berbanding dolar AS, mata wang utama


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.

Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.4225/4280 berbanding dolar AS, daripada paras penutup 4.4170/4220 pada Jumaat minggu lalu.

Laporan senarai gaji bukan ladang (NFP) AS pada Jumaat minggu lepas menunjukkan peningkatan sebanyak 227,000 pekerjaan pada November, mengatasi anggaran pasaran sebanyak 200,000, tetapi kadar pengangguran meningkat kepada 4.2 peratus pada November daripada 4.1 peratus, seperti yang dijangkakan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata NFP November yang lebih kukuh daripada jangkaan itu menunjukkan ekonomi AS dilihat berkembang teguh, yang mungkin menjejaskan prospek kadar faedah.

Sementara itu, ringgit juga diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.6466/6537 daripada 5.6352/6416 pada Jumaat lalu, turun berbanding euro kepada 4.6733/6791 daripada 4.6719/6771 dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 2.9401/9440 daripada 2.9329/9364.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3019/3062 berbanding 3.2963/3002 pada Jumaat dan turun berbanding baht Thailand kepada 13.0801/1029 daripada 12.9576/9784 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit meningkat sedikit berbanding peso Filipina pada 7.62/7.63 daripada 7.65/7.66 dan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 278.7/279.2.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini