Makan Malam Gala Rakan Kongsi FXTM Meraikan Kejayaan dengan Rakan Kongsi Tempatan


Pada 14 Mei 2016, Rakan Kongsi FXTM bersama-sama dengan hampir 200 orang hadirin telah menikmati satu malam yang penuh glamor, program hiburan yang menarik dan suasana rangkaian yang sangat menyeronokkan pada Makan Malam Gala Eksklusif 2016.

FXTM, sebagai Broker Global dengan Sentuhan Tempatan, memilih untuk meraikan kejayaannya di pusat bandar raya Kuala Lumpur bersama-sama dengan rakan kongsi dan pelanggan yang komited di majlis yang ditaja oleh Rakan Kongsi FXTM. Majlis ini dipenuhi dengan detik-detik luar biasa yang akan diingati untuk tempoh masa yang lama. Malam Gala ini diadakan di hotel DoubleTree by Hilton yang indah, di dalam dewan besar yang sangat sesuai untuk majlis ini. Para hadirin dijamu dengan bufet hidangan tempatan dan antarabangsa yang sangat lazat.




Penganalisis Penyelidikan FXTM, Lukman Otunuga turut menghadiri majlis ini dan menyampaikan pandangan beliau tentang teknik dan strategi dagangan kepada para tetamu, memberikan analisis teknikal dan fundamental asas untuk pasaran tempatan dan global. Pandangan tentang Forex juga diberikan oleh dua pedagang FXTM yang berjaya. Mereka berkongsi pengalaman mereka dengan FXTM kepada rakan pedagang yang bersemangat.

Majlis ini dilancarkan dengan sesi bergambar permaidani merah untuk merakamkan detik-detik indah ini yang disertai pasukan FXTM bersama-sama dengan para tetamu yang dihormati. Majlis disusuli dengan persembahan tarian mengagumkan yang membangkitkan semangat. Persembahan kedua pada malam ini ialah persembahan komedi daripada selebriti terkenal Douglas Lim. Penampilan beliau memeriahkan suasana apabila para tetamu bergelak ketawa dan berseronok dengan sepenuh hati.


Majlis malam ini diakhiri dengan Rafel Cabutan Bertuah hebat yang menyaksikan How Shin Yong menerima hadiah $1,000 serta 3 orang pemenang lain juga menerima cek bonus yang lumayan.

Bagi pihak semua di FXTM, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menghadiri Makan Malam Gala Rakan Kongsi FXTM ini dan menjadikan malam ini sangat hebat dan tidak akan dilupakan. Kami tidak sabar untuk terus berkongsi kejayaan dengan rakan kongsi dan pelanggan di negara masing-masing, oleh itu majlis sebegini sudah tentu akan berterusan.






















































Teruskan bersama kami untuk lebih banyak video dan gambar daripada Makan Malam Gala ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini