13 Prinsip Asas tentang cara untuk menjadi MICHAEL BALLACK dalam dagangan


Hai semua, saya Michael Ballack dan saya sangat teruja untuk bekerjasama dengan pemenang anugerah, HotForex!


1.BERSEDIA sebelum anda menyerang

Pemain bola sepak sama seperti pedagang, mempunyai satu sasaran: untuk menang! Apakah yang akan menghasilkan kejayaan untuk anda? Sebanyak gol yang mungkin!

Oleh itu, anda perlu sentiasa fokus, lupakan perkara lain dan tumpukan perhatian pada perkara yang anda lakukan, dengan cara itu anda boleh membuat setiap serangan yang berjaya. Begitu juga dengan dagangan, anda perlu kekal fokus kerana anda perlu mengklik butang yang betul pada masa yang betul!

PAMM 250

2. LATIHAN YANG BERTERUSAN untuk mempelajari automatisme

Anda perlu sentiasa berlatih untuk menjadi cukup sihat dan memenuhi keperluan yang sangat diperlukan dalam bola sepak dan dagangan. Latihan yang berterusan juga membantu anda untuk mempelajari automatisme. Ciri ini penting ketika anda mengalami tekanan yang besar kerana anda akan lebih yakin serta tahu cara untuk bertindak di bawah tekanan kerana anda sudah berlatih!

Sebab itulah anda perlu membiasakan diri dengan proses dagangan dalam persekitaran yang bebas risiko. Pedagang baru seharusnya mula berdagang dengan akaun demo sebelum membuka akaun langsung dan selepas itu, pedagang berpengalaman seharusnya melakukan kemas kini latihan yang tetap untuk mempelajari fungsi-fungsi baru. Automatisme akan membantu anda kekal cergas ketika anda mengalami tekanan.

HotForex Fast Execution

3. Miliki STRATEGI yang jelas

Sebuah pasukan bola sepak sentiasa bermain dengan formasi yang telah ditetapkan lebih awal dan setiap pemain tahu posisi mereka dan bermain dengan sewajarnya! Dalam dagangan pula, ANDA membuat keputusan tentang formasi atau strategi dan ANDA mengawal kedudukan anda. Oleh itu, anda perlu membuat rancangan dengan arahan, kriteria, had risiko khusus yang membawa kepada peraturan saya yang seterusnya iaitu anda perlu berpegang pada strategi anda!

HF Master Card

4.BERDISIPLIN

Sudah tentu. Memiliki strategi yang terbaik sekalipun tidak berguna jika anda tidak berdisiplin untuk berpegang pada strategi tersebut dan terlalu emosi di padang boleh menyebabkan anda tewas dalam permainan... Terutamanya dalam dagangan, anda perlu lebih berdisiplin kerana ia boleh menyebabkan anda kerugian wang yang banyak! Disiplin adalah sangat penting dan begitu juga dengan mengawal emosi. Kadang-kadang anda perlu membuat keputusan yang sukar untuk berjaya pada jangka masa panjang: anda perlu menghormati had risiko anda, mengurangkan kerugian, menjalankan dagangan yang berjaya dan dengan kata lain, sentiasa berdisiplin!

Mobile Application

5. Anda perlu TIDUR

Anda tidak dapat bermain dengan baik jika anda tidak tidur secukupnya. Begitu juga, anda tidak dapat Berfikir dengan teliti jika tidak berehat sebaiknya pada waktu malam. Walaupun anda boleh menanganinya pada jangka masa pendek, anda tidak akan dapat bertahan untuk jangka masa panjang.

Jika tidak, anda akan mula membuat kesilapan, menekan butang yang salah, tersilap ketika menaip nombor yang penting… Sebab itulah anda benar-benar perlu menyimpan tenaga anda dan kekal cergas untuk berdagang.


HotForex Analysis

6. Belajar untuk BERSABAR

Perlawanan berlangsung selama 90 minit dan terdapat banyak peluang untuk menjaringkan gol.

Begitu juga, jangan membuat keputusan terburu-buru dalam pasaran; Untuk pedagang baru, bersikap tergesa-gesa atau mengambil terlalu banyak risiko ialah cara yang hebat untuk kerugian wang. Anda mungkin berasa geram jika terlepas dagangan, tetapi ia masih jauh lebih baik daripada mengalami kerugian dalam dagangan.

Jangan meletakkan risiko yang terlalu besar dalam satu dagangan. Jika anda meletakkan risiko yang lebih banyak dan rugi, anda mungkin akan beremosi dan mula membuat dagangan yang buruk dalam usaha untuk cuba mendapatkan semula kerugian itu.

Oleh itu, jangan berdagang terlalu cepat dan jangan meletakkan terlalu banyak risiko… Ingatlah bahawa Sentiasa terdapat dagangan yang seterusnya!

Zero Spread Account

7. BERTINDAK AGRESIF jika anda tahu apa yang anda lakukan

Merebut bola dengan cara yang tidak mahir atau melulu tidak membantu: ia boleh menyebabkan faul, diberikan kad dan pihak lawan mendapat tendangan percuma, selalunya dalam posisi yang mengancam. Untuk menjaringkan gol, anda perlu bertindak agresif pada masa yang tepat dan anda perlu tahu apa yang anda lakukan.

Leveraj juga begitu: anda boleh mendapatkan manfaat yang sangat baik daripadanya, tetapi sangat berisiko jika anda tidak berhati-hati.

Kadar leveraj yang tinggi bukanlah musuh anda, tetapi anda perlu tahu cara menggunakannya dengan betul.

HotForex Security

TONTON VIDEO UNTUK PERATURAN 8-13




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini