Apa itu Perdagangan CFD - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Apa itu Perdagangan CFD


Apakah itu CFD?

Kontrak untuk perbezaan, juga dikenali sebagai CFD ialah perjanjian antara dua pihak (pelabur dan penyedia CFD) untuk menukar perbezaan antara harga pembukaan dan penutup bagi sesuatu kontrak. CFD ialah produk terbitan yang membolehkan pelabur membuat penilaian terhadap pasaran yang sedang menaik atau menurun, termasuk forex, indeks, logam, komoditi, perbendaharaan dan saham dengan ADS Prime.

CFD ialah produk yang mempunyai leverage dan boleh digunakan sebagai alat lindung nilai untuk ofset kerugian yang berlaku dalam portfolio saham fizikal anda. Perdagangan CFD bebas daripada duti setem dan menerusi ADS Prime, anda akan mendapat akses ke beberapa spread terkecil, margin terendah dan kadar komisen yang kompetitif.

Cara berdagang CFD
Terdapat harga bidaan dan tawaran, sama seperti perdagangan biasa. Bagi melengkapkan transaksi ini, tindakan beli dan jual mesti berlaku.

Jika anda meramalkan bahawa nilai pasaran akan menaik, anda akan BELI untuk membuka dan kemudiannya, JUAL untuk menutup. Jika anda menutup pada harga yang lebih tinggi berbanding harga buka, anda akan mendapat keuntungan, namun jika anda menutup pada harga yang lebih rendah, anda akan rugi. Apabila anda JUAL untuk membuka, maka anda perlu melakukan proses yang sama tetapi dengan cara yang sebaliknya. Oleh itu, anda akan menyasarkan untuk BELI kembali pada harga yang lebih rendah berbanding harga yang anda buka untuk mendapatkan keuntungan dalam dagangan.

CFD akan didagangkan dalam mata wang asas mengikut simbolnya, melainkan dinyatakan sebaliknya pada dokumen maklumat pasaran kami.

Untuk satu saham dalam CFD, 1 lot mewakili 100 saham tetapi akan menyebabkan klien untung atau rugi sebanyak £1 bagi setiap pergerakan peni pada saham UK dan $1 bagi setiap pergerakan sen pada saham AS.

Contoh perdagangan CFD Indeks

Terdapat acara data utama di AS. Anda menjangkakan bahawa indeks AS akan menaik sejajar dengan acara ini dan anda ingin membeli 10 Dow Jones US 30 CFD pada harga tawaran sebanyak 16369.73. Setiap pergerakan mata bersamaan dengan 10 USD untung atau rugi.

Andaikan leverage 1:500, margin yang diperlukan untuk membuka kedudukan ini ialah (16369.73*10)/500 = 327.39 USD

Ketidaktentuan yang ketara dijangkakan berikutan keluaran data tersebut. Anda tidak menetapkan pesanan henti rugi atau ambil keuntungan tetapi anda ingin menutup kedudukan sebaik sahaja acara keluaran data.

Apabila data dikeluarkan, terdapat aktiviti membeli yang banyak dan peningkatan ketara dalam nilai indeks. Harga bidaan pasaran kini disebut pada 16600.00 dan anda memutuskan untuk menutup kedudukan.

Untuk mengira keuntungan, anda kira perbezaan antara harga pembukaan dan penutup, didarabkan dengan bilangan CD yang anda pegang.

(16600 – 16369.73) * 10 = 2302.70 USD

Mengira margin

CFD ialah produk yang mempunyai leverage, maka sebagai contoh, anda boleh berdagang dengan pendedahan yang lebih tinggi berbanding perkara yang akan anda lakukan jika memegang saham sebenar. Walaupun ini dapat memberikan keuntungan lebih besar jika pasaran bergerak memihak kepada anda, anda perlu mempertimbangkan jika pasaran bergerak menentang anda, ia boleh meningkatkan potensi kerugian anda dengan sewajarnya.

Apabila keperluan margin diberikan sebagai peratusan, anda perlu mendarabkan harga dengan kuantiti, kemudian darabkan dengan peratusan margin.

Apabila margin diberikan sebagai nisbah; darabkan harga dengan kuantiti, kemudian bahagikan dengan leverage.

Sebagai contoh, jika Vodafone didagangkan pada 225 dan anda membeli 100 CFD (10,000 saham) pada 5% keperluan margin, maka anda akan lakukan pengiraan berikut:

225 pence per share = £2.25 per share
£2.25*100 CFDs*100 shares per CFD = £22,500
£22,500 * 5% Margin Rate = £1,125 Margin
Jangan lupa mendarabkan dengan 100 untuk Saham AS kerana anda berdagang pergerakan bagi setiap sen dan Saham AS disebut dalam dolar.

Caj Pembiayaan Harian

Pada kedudukan bukan FX, caj pembiayaan harian akan dikenakan untuk semua produk yang bukan kontrak niaga hadapan. Ia menggambarkan bahawa ini ialah produk harian yang telah dialihkan ke hari berikutnya dan bukan produk niaga hadapan di mana spreadnya akan menjadi lebih besar untuk menggabungkan kos ini.

ADS Prime menawarkan kadar pembiayaan sebanyak 250 mata asas. Kos pembiayaan akan menjadi pendedahan pada dagangan anda, didarabkan dengan kadar kami, melebihi atau kurang daripada LIBOR. Anda akan + LIBOR untuk kedudukan panjang dan – LIBOR untuk kedudukan pendek.

Untuk mengira caj harian, ia boleh dibahagikan dengan 365 atau 360, bergantung pada pasaran yang didagangkan.

Pengiraan berikut boleh digunakan:

(Harga * Kuantiti) x (2.5 +/- LIBOR) / bilangan hari

Harap maklum bahawa walaupun anda boleh menjangkakan untuk menerima pembiayaan untuk kedudukan pendek, kadar faedah global terlalu rendah pada masa ini dan anda mungkin masih akan dikenakan bayaran. Apabila kadar faedah meningkat, kedudukan pendek akan menerima pembiayaan. Kedudukan panjang sentiasa akan dikenakan caj.

Kredit dan Debit dividen

Semua CFD akan bertanggungjawab ke atas pelarasan dividen, ini kerana semasa saham membayar dividen, ia akan menjejaskan harga saham dan sebarang indeks yang berkaitan dengannya. Setiap saham biasanya akan membayar dividen dua kali setahun namun, memandangkan anda tidak memiliki saham, anda akan dilaraskan untuk mendapat jumlah dividen untuk mengatasi pergerakan harga. Ini bermakna anda tidak mendapat kelebihan mahupun kekurangan daripada dividen semasa berdagang produk terbitan.

Dalam FTSE 100, syarikat ini adalah amat berbeza dari segi saiz dan saiz mempunyai pengaruh. Lebih besar sesuatu syarikat, lebih besar kelebihan yang diberikan dalam indeks. Saiz diukur mengikut modal pasaran yang merupakan jumlah nilai semua saham. Lebih besar modal pasaran, lebih besar peratusan indeksnya dan hal ini diambil kira semasa pelarasan dividen dibuat pada indeks.

Sebagai contoh, apabila Barclay membayar dividen sebanyak 4 peni UK, ini bersamaan dengan 2.49 mata pada UK100.CASH. Kemudian, Rio Tinto membayar dividen sebanyak 6 peni UK tetapi ini bersamaan dengan 2.87 mata pada UK100.CASH.

Contoh Perdagangan

Emas Pendek
Anda merasakan pembetulan harga emas akan dilakukan. Anda membuat keputusan untuk menjual (pendek) 10 XAU/USD (emas/dolar AS) di 1244.26.




10 mata = 1000 aun. Jumlah pendedahan anda ialah 1244.26*1000 = $1,244,260

Setiap tanda bernilai $100 dan setiap mata $1,000. Andaikan leverage 1:200, margin yang diperlukan untuk membuka dagangan ini ialah (1244.26*1000)/200= $6,221.30 USD

Dolar semakin kuat sepanjang hari, memacu harga emas pada 1230.00/1230.30. Anda membuat keputusan untuk menutup kedudukan anda dan mengambil keuntungan. Anda menjual pada 1244.26 dan menutup kedudukan anda pada 1230.30, meningkat 13.96 mata.

Keuntungan bersih anda ialah (1244.26-1230.30)*1000 = US$13,960.

Minyak Mentah AS Panjang

Konflik di Timur Tengah telah menyebabkan ketidaktentuan dalam pasaran minyak. Anda menjangkakan peningkatan yang kuat dalam harga dan memutuskan untuk membeli 1 Minyak Mentah AS pada 8183.40. 1 mata bernilai $1.




Konflik di Timur Tengah telah menyebabkan ketidaktentuan dalam pasaran minyak. Anda menjangkakan peningkatan yang kuat dalam harga dan memutuskan untuk membeli 1 Minyak Mentah AS pada 8183.40. 1 mata bernilai $1.

Anda menetapkan menjejak henti rugi pada 10 mata dengan tujuan untuk mengunci sebarang keuntungan jika pasaran mendapat momentum.

Pasaran bergerak 20 mata memihak kepada anda pada 8203.40/8206.20. Henti rugi anda turut bergerak 20 mata pada 8193.40.

Pasaran masih tidak stabil dan harga berubah dengan tiba-tiba, mencecah henti rugi anda pada 8193.40.

Keuntungan anda untuk dagangan ini ialah (8193.40- 8183.40) * 1 = 10 USD.

Ketahui lebih lanjut tentang perdagangan CFD

Alat latihan dalam talian kami termasuk video dan webinar untuk membantu anda memahami dan mengurus risiko dagangan, termasuk menggunakan had “henti rugi” dan “ambil keuntungan” untuk mengurangkan potensi kerugian.

 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini