Belajar Forex : Pip, Spread dan Margin - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Belajar Forex : Pip, Spread dan Margin



Apakah itu Pip?
Digit selepas titik perpuluhan dipanggil pip (“price interest points”) dan digit ini mengukur perubahan dan kadar pertukaran untuk pasangan mata wang tertentu. Lebih tepat lagi, 1 pip ialah perbezaan dalam harga per seribu dalam sebarang pasangan mata wang.

Contoh dalam pasangan EUR/USD, 1 pip bermaksud perubahan dalam harga daripada 1.35000 hingga 1.35010 manakala dalam USD/JPY, pip ini bermaksud perubahan dalam harga daripada 113.000 hingga 113.010. Dalam kedua-dua keadaan, harga telah bergerak sebanyak 1 per seribu atau 1 pip.

Kita telah memahami bahawa 1 pip ialah perubahan dalam harga mata wang mengikut 1 unit pada titik perpuluhan keempat – atau kedua jika kita bercakap tentang pasangan Yen – dan ia menggambarkan perubahan dalam harga 1/1,000. Oleh itu, jika harga bergerak daripada 1.35000 hingga 1.35050, maka ini adalah perubahan harga sebanyak 5 pip, daripada 1.35000 hingga 1.35200 adalah 20 pip dan seterusnya.

Oleh itu, mengapa ada 5 titik perpuluhan?

ADS Prime menyebut harga Forex kepada tempat perpuluhan kelima – contohnya 1.35001 – untuk kebanyakan pasangan kecuali pasangan yang mengandungi Yen di mana sebut harga datang dengan 3 titik perpuluhan – contohnya 113.001 – kerana nilai 1 Yen Jepun amat susut nilainya berbanding dengan mata wang utama yang lain.

Oleh itu, perubahan yang paling kecil adalah lebih kecil daripada 1 pip kerana kami menyebut harga dalam 5 perpuluhan – atau tiga untuk pasangan Yen.

Contohnya, mata wang EUR/USD boleh bergerak dari 1.35000 hingga 1.35003. Ini adalah perubahan sebanyak 0.3 pip yang kami namakan “pecahan pip”. Kami memberi penjelasan ini kerana lazimnya kadar Forex di laman web, panduan atau analisis disebut dengan 4 titik perpuluhan – atau 2 untuk Yen – yang dilakukan untuk kemudahan.

Nilai pip
Nilai pip bergantung pada pasangan mata wang yang sedang didagangkan, saiz dagangan dan kadar pertukaran. Amat mudah untuk memahami bahawa perubahan dalam harga untuk EUR/USD dari 1.3500 hingga 1.3510 digambarkan secara berbeza apabila kami “menukar” 1,000 Euro atau 10,000 Euro; dalam hal pertama kami akan menerima 1,351 Dolar manakala dalam hal kedua, kami akan menerima 13, 351 Dolar. Oleh itu, “nilai” 1 pip dalam wang sebenar adalah berkait rapat dengan jumlah wang yang kami tukarkan ataupun “saiz dagangan”.

Spread
Perbezaan antara harga bidaan atau belian dan harga tawaran atau jualan dipanggil spread. Ini juga mudah untuk difahami apabila kami maklumkan tentang peraturan mana-mana pasaran: vendor, dalam hal kami, pihak bank atau institusi kewangan sentiasa ingin membeli instrumen yang sama pada harga lebih rendah dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi. Bayangkan sebuah pasar raya: perniagaan ini membeli susu daripada peladang pada harga $1 dan menjualnya kepada pelanggan pada harga $1.5, membuat keuntungan untuk perniagaannya. Prinsip yang sama digunakan dalam dagangan Forex.


Maka dalam contoh EUR/USD1.35690/1.35697, spread ialah 0.7 pip.

 


Saiz kedudukan Forex

Forex didagangkan dalam lot atau kumpulan supaya mudah dipadankan dengan “pesanan” pembeli dan penjual atau saiz kedudukan. Jika seseorang ingin membeli 1,231 Euro berbanding Dolar, transaksi ini memerlukan seseorang yang sanggup membuat transaksi berlawanan dengan jumlah yang sama. Untuk mengelakkan kerumitan, kami mengumpulkan saiz transaksi dalam jumlah yang diseragamkan dan kami gelarkannya “lot”.

ADS Prime menawarkan saiz lot daripada:

  • 1 lot = $100,000 (atau setara dengan mata wang)
  • 1 lot mini = Satu per 10 daripada satu lot atau $10,000 (atau setara dengan mata wang)
  • 1 lot mikro = Satu per 100 daripada satu lot atau $1,000 (atau setara dengan mata wang)

Margin atau leverage
Margin atau leverage ialah kaedah untuk meningkatkan pendedahan anda dalam kedudukan Forex. Ini dilakukan dengan membenarkan anda membeli atau menjual jumlah mata wang dengan meletakkan hanya sebahagian peratusan daripada wang ini. Ini bermakna, sebagai contoh, anda boleh membeli $1,000,000 berbanding Dolar Australia tanpa “meletakkan” jumlah ini, tanpa menjadikan jumlah ini “disimpan” daripada akaun perdagangan anda. Sebaliknya, anda perlu meletakkan sebahagian peratusan jumlah ini, peratusan yang ditentukan oleh tetapan leverage atau margin akaun anda.

Contohnya, margin 1:100 bermaksud anda perlu mendepositkan hanya $10,000 untuk memegang kedudukan $1,000,000; deposit anda sebanyak $10,000 diberikan ‘leverage’ untuk membolehkan anda berdagang dalam saiz yang lebih besar.

Begitu juga leverage 1:500 bermakna $10,000 yang sama membolehkan anda memegang kedudukan $5,000,000. Margin seperti pedang bermata dua; ia dapat memberikan keuntungan lebih besar jika pasaran bergerak memihak kepada anda, jika ia bergerak menentang anda, ia boleh meningkatkan potensi kerugian anda dengan sewajarnya.

Cara margin berfungsi
Pelabur mendepositkan $100,000 dalam akaun ADS Prime beliau. Akaun ini ditetapkan pada 1% margin atau 100:1 Leverage. Ini bermaksud, bagi sebarang kedudukan yang dibuka, beliau mesti mengekalkan 1% sebagai Margin.

Jika beliau ingin membuka kedudukan $1,000,000, maka beliau perlu ketepikan 1% atau $10,000 dalam Margin (1,000,000×1%=$10,000) daripada baki akaunnya.

Jumlah ini akan “disimpan” dalam akaunnya semasa dagangan dibuka – ini bermakna, baki akaun yang selebihnya boleh digunakan untuk memasuki dagangan lain.

Apabila beliau membuka posisi dagangan $1,000,000, katakan menentang Australia Dolar, beliau akan mendapat keuntungan atau kerugian yang akan dijana oleh 1 juta Dolar ini juga walaupun beliau cuma mengunakan peratusan kecil margin iaitu $10,000 untuk membuka posisi dagangan $1,000,000 ini.

Oleh itu, beliau memiliki baki jumlah wang yang banyak dalam akaunnya untuk membuat spekulasi terhadap dagangan lain dan dengan itu, meningkatkan potensi pendedahannya. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tindakan ini boleh menghasilkan keuntungan yang banyak tetapi kerugian yang tinggi turut boleh berlaku.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini