Dagangan CFD Menggunakan Moving Average Ribbon

Seminar Percuma di Malaysia - Belajar berdagang di Kuala Lumpur.

Kami menjemput pelanggan kami untuk hadir ke seminar yang menjelaskan semua maklumat berkaitan dagangan CFD menggunakan Moving Average dan bagaimana Moving Average boleh digabungkan untuk membantu pedagang mengenalpasti waktu yang optimum untuk masuk atau keluar dari pasaran.

Seminar akan bermula dengan gambaran keseluruhan tentang pasaran kewangan global dengan tumpuan kepada dagangan CFD (Kontrak Perbezaan). Kami akan menyenaraikan semua instrumen kewangan yang boleh dilaburkan sebagai CFD termasuk saham, indeks, logam berharga dan tenaga di mana semua ini boleh didagangkan pada platform MT5 XM.

Teknik yang akan dijelaskan dengan terperinci adalah Moving Average Ribbon yang digunakan dalam analisa teknikal untuk mengenalpasti perubahan trend pasaran. Kami akan menunjukkan kepada peserta bagaimana untuk meletakkan siri Moving Average pada carta yang sama untuk membentuk Moving Average Ribbon yang amat berguna dalam menentukan trend yang kuat (apabila semua Moving Average bergerak dalam arah yang sama) dan mengenalpasti perubahan trend (apabila Moving Average menunjukkan persilangan dan bergerak dalam arah bertentangan).

Semua ini akan diikuti dengan contoh kukuh yang bertujuan untuk membantu peserta seminar memahami intipati penggunaan Moving Average untuk jangka masa pendek dan sederhana yang digabungkan dengan tindakan harga. Ini bermakna Moving Average Ribbon akan dibentuk untuk menunjukkan interaksi pada kerangka masa yang berbeza. Selain itu, kami akan menunjukkan penggunaan teknik ini pada dagangan CFD dan melalui penggunaan contoh sebenar kami akan menunjukkan kaedah melaksanakan isyarat jual beli dengan lebih berkesan.

Hasil Pembelajaran
Mendapat gambaran keseluruhan pasaran global terutamanya dagangan CFD
Memahami intipati Moving Average
Belajar cara menggunakan Moving Average Ribbon dalam dagangan CFD
Belajar mengenalpasti trend pasaran yang kuat dan lemah
Belajar menentukan zon dagangan yang berada dalam julat
Memahami interaksi di antara kitaran masa yang berbeza





Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini