Ringgit : Kerajaan Malaysia tidak akan tambat semula ringgit - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit : Kerajaan Malaysia tidak akan tambat semula ringgit



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan Malaysia tidak akan sesekali mengulangi langkah menambat ringgit seperti yang dilaksanakan kepimpinan sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, langkah menambat ringgit boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran rakyat.

"Kita telah menegaskan bahawa kita tidak akan mengulangi langkah itu, dengan meyakini bahawa meskipun akan ada turun naik dalam tempoh jangka pendek, namun bagi jangka masa panjang paras ringgit akan mencerminkan kekuatan ekonomi Malaysia," katanya semasa melancarkan Invest Malaysia 2018, di sini, hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang yang mempunyai tanggapan bahawa menambat semula ringgit akan menjadi satu langkah yang mudah dan membantu.


Perdana Menteri berkata, bersandarkan kepada langkah yang dilaksanakan sebelum ini memperlihatkan pelabur dan pasaran global hilang keyakinan kepada negara.

Malah, tegasnya, negara terpaksa mengambil masa yang lama untuk meraih semula keyakinan pelabur selepas langkah menambat ringgit berbanding dolar AS yang dilaksanakan semasa Krisis Kewangan Asia pada 1997/98.

Invest Malaysia ke-14 itu dianjurkan oleh Bursa Malaysia Bhd dan Maybank.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini