Ringgit : Ringgit Akan Terus Mengukuh Berbanding Dolar US Tahun Ini - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit : Ringgit Akan Terus Mengukuh Berbanding Dolar US Tahun Ini


KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Ringgit akan terus mengukuh berbanding dolar US tahun ini kepada nilai saksama antara 3.80 dan 3.90 bagi mencerminkan asas ekonomi Malaysia yang kukuh.

Pengarah Urusan Affin Hwang Asset Management Bhd (Affin Hwang AM), Teng Chee Wai, berkata pemulihan beransur-ansur unit domestik itu sihat bagi negara, yang membolehkan pengeksport membuat pelarasan dengan persekitaran baharu itu.

"Ringgit teruk terjejas sejak 2015. Perubahan dasar pada 2016 membantu, terutama dalam menggalakkan pengeksport membawa pulang 75 peratus daripada keuntungan dalam ringgit," katanya pada taklimat media mengenai unjuran pasaran, di sini hari ini.

Mengenai langkah kerajaan untuk tidak menambat semula ringgit kepada dolar US, Teng berkata langkah itu merupakan jaminan kepada pelabur asing.

"Ini sihat, ia memberi petanda jelas dan menghapuskan cakap-cakap ringgit akan ditambat. Saya berpendapat tindakan itu baik untuk mata wang tempatan. Bagi pelabur asing, mereka mahu ringgit didagangkan bebas, dan jaminan itu penting bagi pelabur asing," katanya


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini