Video : Seminar Dagangan CFD - XM Malaysia - January 2018


27 Januari 2018 merupakan satu lagi hari yang diperuntukkan untuk pendidikan di mana XM telah menjalankan seminar percuma di Kuala Lumpur, Malaysia khas untuk pelabur online yang berminat untuk mengetahui tentang maklumat penting untuk dagangan CFD.

Buat mereka yang komited untuk mendapatkan maklumat terkini yang mempengaruhi pasaran CFD global dan ingin mengembangkan portfolio pelaburan dalam instrumen yang didagangkan sebagai CFD (Kontrak Perbezaan), seminar anjuran XM ini memberikan banyak maklumat yang berguna. Instruktor Avramis Despotis memberikan pembentangan tentang dagangan CFD yang memberikan mereka saluran pelaburan baru untuk dagangan selain daripada forex.

Seminar yang telah diadakan di Sheraton Imperial Kuala Lumpur ini memberikan pelbagai maklumat yang perlu diketahui sebelum mula melabur dalam CFD saham, indeks saham, logam berharga dan tenaga. Peserta yang hadir dapat mengetahui apa itu CFD, bagaimana dagangan CFD dilakukan pada platform MT5 XM dan juga bagaimana analisis teknikal dapat membantu peserta menilai kekuatan trend CFD, dengan perhatian khusus kepada penggunaan teknik Moving Average Ribbon.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan baru dan sedia ada yang telah hadir di seminar Kuala Lumpur dan kami berharap untuk kembali semula ke Malaysia untuk seminar percuma akan datang khas untuk pedagang baru dan juga berpengalaman.





Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini