MARCH 2018 - InstaForex



Jenama InstaForex telah dibangunkan pada tahun 2007 dan ia kini telah menjadi pilihan utama lebih daripada 7,000,000 orang pedagang. Lebih daripada 1,000 orang pelanggan membuka akaun dengan InstaForex setiap hari. Semua pelanggan InstaForex berpeluang untuk mendapatkan khidmat perdagangan yang efektif di dalam pasaran tukaran mata wang asing, juga pada masa teknikal dan sokongan pelanggan.




Keutamaan kami adalah untuk menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan untuk setiap pelanggan bermula dari proses pendaftaran akaun baru sehingga ke proses pengeluaran wang.



InstaForex


Keadaan Perdagangan ayang dianggap sebagai yang terbaik dan paling kompetitif di dunia. Para pedagang mempunyai akses kepada pelbagai jenis instrumen kewangan berjumlah lebih daripada 300. Teknologi maklumat yang terkini dan produk perisian daripada syarikat-syarikat terkemuka seperti MetaQuotes Software, Reuters, Dow Jones, dan e-Signal disediakan untuk pelanggan InstaForex. Oleh yang demikian, kami adalah yang pertama di kalangan broker tempatan dan antarabangsa yang memberikan pelanggan kami peluang untuk membuka akaun dagangan di platform MetaTrader 5.

Pedagang boleh menetapkan leverage dalam julat dari 1: 1 hingga 1: 1000, perdagangan dengan swap atau bebas swap, dengan spread atau komisen. Selain itu, para pelanggan InstaForex juga mempunyai akses kepada perdagangan 'one-click', tawaran istimewa dan bonus.

Kami sentiasa mengemaskini senarai alat instrumen perdagangan kami. Oleh itu, para pelanggan kami adalah diantara yang orang yang pertama bekerja dengan mata wang elektronik popular, BitCoin. Selain itu, InstaForex merupakan salah satu daripada broker pertama yang menawarkan peluang kepada pelanggan untuk berdagang CFD di Facebook dan Twitter selepas syarikat IPO.

Komponen utama bagi setiap syarikat dari Kumpulan InstaForex adalah pelanggan dan fokus terhadap keperluan mereka. Kami menawarkan perkhidmatan Forex yang efektif serta seiring dengan kemajuan teknologi, yang membantu kami untuk mengekalkan kedudukan sebagai sebuah syarikat broker yang terkemuka.

Pelanggan kami adalah merupakan pedagang yang terdiri daripada pelbagai tahap dan pengalaman perdagangan yang berbeza. Bagi mereka yang masih baru di dalam pasaran pertukaran asing atau tidak mempunyai peluang untuk menumpukan sebahagian besar masa mereka dengan aktiviti perdagangan InstaForex, syarikat InstaForex telah membangunkan perkhidmatan yang tidak memerlukan kawalan berterusan. Sistem PAMM, yang membolehkan pelanggan untuk melabur ke dalam perdagangan pedagang PAMM paling berjaya, serta ForexCopy, yang membolehkan pelanggan untuk menyalin tawaran pedagang yang berpengalaman. Dalam erti kata lain, anda berpeluang untuk mendapatkan keuntungan di dalam pasaran Forex tanpa memerlukan usaha yang besar dan pada masa yang sama anda memperoleh pengalaman dan kemahiran berdagang.

Selain itu, InstaForex juga terlibat secara aktif dalam aktiviti sosial, bekerjasama dengan pasukan dan atlet terkemuka yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menang, yang mana ia adalah selari dengan matlamat syarikat untuk menjadi yang terbaik.

Peneraju rasmi jenama InstaForex adalah merupakan juara tiga kali bola keranjang Eropah Ilona Korstin, pemain tenis peringkat dunia Victoria Azarenka, dan juara catur dunia Magnus Carlsen. Kelab Bola Sepak Liverpool dan pasukan lumba Loprais telah menjadi rakan niaga kami. Syarikat InstaForex juga bekerjasama dengan legenda sukan musim sejuk - 8 kali juara Olimpik, 16 kali juara dunia dan 6 kali pemenang Pingat Dunia dalam Biathlon – Norwegian Ole Einar Bjørndalen.

InstaForex serta wakil-wakil rasmi kami telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan. Kami telah dinobatkan sebagai Broker Terbaik di Asia oleh Anugerah Kewangan Dunia secara berturut-turut dalam tempoh beberapa tahun. Kami juga menerima hadiah paling berprestij dari majalah terkemuka yang lain, seperti Business Magazine CNBC dan Ketua Pegawai Eksekutif EROPAH (The Best Retail-Broker Prize). Selain itu, hasil kerja kami juga telah mendapat pengiktirafan di kewangan antarabangsa ShowFx World, ShowFX Asia, EXPO CIOT, dan pameran EXPO Jordan. Untuk melihat senarai penuh anugerah, sila lawati bahagian Anugerah Kami.

Kami amat berbesar hati untuk memaklumkan bahawa InstaForex bukan sahaja fokus kepada pencapaian syarikat tetapi kejayaan pelanggan kami juga. Peserta yang mengambil bahagian di dalam peraduan InstaForex turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk Hummer H3, Lotus Elise, Lotus Evora dan Porsche Cayenne. Jumlah keseluruhan untuk hadiah tahunan InstaForex bernilai lebih 500,000 dolar Amerika. Kami sentiasa menawarkan hadiah-hadiah yang lumayan dan peluang untuk menjadi pemenang!

Pelanggan kami adalah merupakan aset yang paling berharga. InstaForex telah dianggap sebagai broker yang terbaik di kalangan Broker Forex lain dan pelanggan serta rakan niaga kami begitu yakin bahawa kesemua perkhidmatan yang ditawarkan oleh mana-mana ahli Kumpulan InstaForex memenuhi standard dunia tertinggi. Matlamat kami adalah untuk menjadikan aktiviti perdagangan di pasaran Forex selesa dan menguntungkan.


InstaForex

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini