Memahami "Terlebih-beli" Dan "Terlebih-jual" - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Memahami "Terlebih-beli" Dan "Terlebih-jual"



Percaya atau tidak, ia boleh semuanya menjadi sangat mengikut gerak hati. Mari berkata anda sedang memasak seekor ayam di dalam oven. Anda tetapkan 'timer' dan tunggu sehingga ianya selesai. Benar, ini adalah senario terbaik jika anda mempunyai 'timer', yang anda dengan jelasnya tiada.
Jadi… anda perlu memeriksa ayam tersebut setiap masa dan kemudiannya memastikan bila anda mengeluarkannya ia tidak akan terlalu masak atau semudahnya tidak masak sama sekali. Di Forex, anda adalah lebih bernasib baik kerana anda memiliki sejenis 'timer' yang akan memberitahu anda setepatnya jika pasaran sedang berasakan terlebih-jual atau terlebih-beli.

Sentiasa ingat bahawa kesemuanya mengenai reaksi semulajadi. Jika ayam tersebut sedang terbakar, anda memadamkan api tersebut atau semudahnya mengalihkan ayam itu. Dengan posisi anda gunakan logik yang sama.

Jika pasaran ini adalah terlebih-beli, maka anda sepatutnya memilih untuk posisi jualan kerana perkara ini akan akhirnya memperbetul ke bawah. Jika pasaran adalah terlebih-jual, maka pusingan ke atas berkemungkinan mengambil tempat.

Terdapat dua petunjuk teknikal sangat berguna yang boleh membantu anda memahami bila satu pasangan adalah terlebih-beli atau terlebih-jual: RSI dan 'Slow Stochastics'.

*** Relative Strength Index (RSI) ***

RSI adalah petunjuk momentum yang digunakan untuk membandingkan magnitud perolehan dan kerugian ke atas rangka masa yang spesifik untuk mengukur kelajuan dan turun-naik pasaran pada sekuriti dasar.

Formula:
RSI = 100 - 100 / (1 + RS)
Di mana:
RS = Perolehan purata semasa X rangka masa / Kerugian purata X rangka masa

*** Stochastic Oscillator ***

'Stochastic oscillator' adalah petunjuk momentumyang digunakan untuk membandingkan harga tutup sebauh aset dengan purata harganya sepanjang rangka masa yang khusus. Sensitiviti 'oscillator' boleh disesuaikan dengan mengubah tempoh masa yang digunakan untuk perbandingan.

Formula:
%K = 100(C - L14)/(H14 - L14)
Di mana:
C = harga tutup terakhir
L14 = minimum 14 sesi dagangan terakhir
H14 = maksimum 14 sesi dagangan terakhir
%K= kadar pasaran semasa aset tersebut
%D = tiga-tempoh 'moving average' daripada %K

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini