NASSIM TALEB – SEORANG AHLI MATEMATIK DAN PEDAGANG YANG GENIUS



Nassim Nicholas Taleb adalah salah seorang pemikir terhebat di era moden. Beliau berhak menerima perhatian kerana beliau telah menghasilkan banyak wang dengan membuat perkara yang orang lain belum pernah lakukan atau tidak berani lakukan sebelum ini.

Sang elitis nakal dan angkuh ini dilahirkan pada tahun 1960 di Amioun, Lubnan, sebagai anak kepada Dr. Najib Taleb, seorang pakar onkologi dan penyelidik anthropology dan isterinya Minerva Ghosn. Keluarganya penganut Ortodok Yunani yang kaya dan berpengaruh, sebuah agama minoriti walaupun bagi sebuah negara yang penuh dengan agama minoriti. Datuk dan moyangnya adalah timbalan perdana menteri, dan cilawagi beliau adalah gabenor Gunung Lubnan Empayar Uthmaniyah.

Taleb menerima ijazah sarjana muda dan sarjana sains beliau dari Universiti Paris. Beliau memperoleh MBA dari Wharton School di Universiti Pennsylvania, serta PhD dalam Pengurusan Sains (tesis beliau berkenaan matematik harga derivatif) dari Universiti Paris (Dauphine) di bawah seliaan Helyette Geman.

Beliau bermula sebagai seorang pedagang, berkerja sebagai penganalisa kuantitif dan mempunyai firma pelaburannya sendiri, tetapi lebih banyak beliau belajar statistik, beliau menjadi lebih yakin bahawa keseluruhan sistem kewangan adalah dinamit yang menanti waktu untuk meletup.




Beliau menjadi terkenal kerana menulis buku-buku seperti "Fooled By Randomness" dan "The Black Swan" yang telah mencabar pandangan konvensional tentang model kewangan dan statistik matematik yang menjadi asasnya.

Pada dekad 1980an, Nassim Taleb telah berkerja sebagai penggerak pasaran opsyen. Ini bermakna beliau telah menghasilkan sebahagian besar wangnya dengan membantu aliran pelanggan. Beliau telah menjual opsyen pada harga sedikit lebih tinggi dari harga belian, dan berharap pesanan-pesanan saling mengimbal agar beliau berakhir dengan posisi bersih yang kecil. Jika dia mula membentuk posisi bersih, dia akan mengubah hargnya untuk menyetarakan keadaan.

Nassim adalah seorang pedagang yang menghasilkan keuntungan dan berprestasi agak bagus, tetapi hasil terbesar beliau adalah pada kejatuhan pasaran saham 19 Oktober 1987. Beliau telah mengumpulkan sebuah posisi besar pada put niaga hadapan Eurodollar yang sangat tidak bernilai. Niaga hadapan Eurodollar adalah taruhan pada kadar faedah bank bagi tempoh 3 bulan, dan membayar $25 bagi setiap pergerakan mata asas (contohnya dari 7.5% kepada 7.51%). Hari di mana ada pergerakan 10 mata asas dianggap "Hari Besar", $250 bagi setiap kontrak. Namun 19 Oktober 1987 telah menyaksikan pergerakan 10 kali saiz itu, $2500 per kontrak bila kadar faedah beranjak dari 7.5% kepada 8.5%.

Swing pada put "out-of-the-money " (yang menghasilkan lebih banyak wang bila kadar faedah naik) adalah lebih besar. Put jangka pendek 8% boleh dijual pada $100 bila kadar adalah 7.5%, tetapi nilainya mungkin $1,500 bila kadar naik sehingga 8.5%.

Nassim memiliki cukup banyak put seperti ini untuk menghasilkan $35 juta. Ini adalah kemenangan terbesar beliau di pasaran setakat ini, dan beliau memberikan kredit kepada nasib. Ia membuatkan beliau mula berfikir lima tahun kerja berterusan kurang bernilai berbanding dengan satu kali bernasib baik.

Sesiapa pun boleh katakan bahawa orang yang banyak wang boleh menggunakan strategi yang tidak munasabah atau merbahaya atau yang mampu membangkrutkan orang yang lebih rendah kemampuannya dan nasib masih memainkan peranan, tetapi itu tidak menidakkan fakta bahawa Nassim Taleb adalah seorang pedagang yang genius.

Ramalan Taleb yang paling masyhur

Pada tahun 2003, Nassim Taleb telah meramalkan kemungkinan besar Fannie Mae, institusi yang ditaja kerajaan, akan tumbang. Walaupun Fannie Mae dianggap pakar pengurusan risiko yang dipercayai di dalam pasaran gadai janji (mortgage market), Taleb telah menganalisa risikonya dan memberikan wawasan yang sangat negatif. Beliau telah membandingkannya seperti duduk di atas tong dinamit yang akan meledak akibat sedu yang kecil sekali pun. Unjuran ini mengakibatkan kemarahan bertalu-talu dan serangan bertubi-tubi dari dunia kewangan, tetapi akhirnya ia terbukti benar. Akhirnya, kejatuhan Fannie Mae mengakibatkan kerugian ratusan bilion dolar kepada pembayar cukai Amerika.

Pada 19 Oktober 1987, Black Monday, bila Dow Jones Industrial Average jatuh sebanyak 22.6%, Taleb mendapat keuntungan sekitar $40 juta. Ia adalah kejatuhan pasaran terbesar dalam sejarah moden. Perkara ini berlaku di luar jangkaan semua orang, kecuali untuk Nassim Taleb yang telah membayangkannya pada hari sebelumnya. Peristiwa ini kemudiannya digelar Black Swan.

Di dalam ramalannya untuk masa depan terdekat, beliau menegaskan buat masa ini tidak perlu berasa bimbang berlakunya perang dunia ketiga, kerana negara-negara yang mampu terlibat lebih suka melakukannya dengan cara lain. Beliau bercakap tentang "Black Swan" konfrontasi antara Barat dan China, atau Barat dan Islam.

Jadi, apakah strategi perdagangan Nassim Taleb?

Talem menganggap dirinya kurang sebagai seorang ahli perniagaan, dan lebih sebagai pengkaji kerawakan, dan mengatakan beliau menggunakan perdagangan untuk mencapai kebebasan dan kemerdekaan dari otoriti.

1. Taleb membuat taruhan pada acara yang sukar diramal (Black Swans)

Taleb mengulas tentang "Black Swan" sebagai suatu kejadian yang sukar diramalkan dan jarang berlaku yang terjadi secara tidak dijangka, memberikan akibat yang positif atau negatif, dan mendatangkan kesan yang kuat kepada keseluruhan sistem.

2. Beliau melindungi wang pelaburnya daripada "Black Swans" negatif

Taleb adalah salah seorang pelopor lindung nilai risiko ekoran (tail risk hedging, yang sekarang dikenali sebagai "black swan protection"), di mana para pelabur diinsurankan dari pergerakan ekstrem pasaran. Beliau berkata, meraih dividen seperti cara yang beliau lakukan bermaksud hidup di dalam daulah "Mediocristan", dan jika sebaliknya pula adalah "Extremistan".

Mediocristan adalah peristiwa-peristiwa yang boleh diramalkan berdasarkan data silam. Ambil 1000 orang dari serata dunia. Seorang Afrika dan Chukchi, lelaki tergemuk di dunia dan seorang wanita Cina. Nilai puratanya (2 mata, berat purata, 4 kaki dan tangan) akan memberikan gambaran lengkap sifat keseluruhan sampel. Dan orang yang paling dungu di dunia sekali pun tidak akan mendatangkan perubahan signifikan kepada purata.

Extremistan menceritakan fenomena sosial, bukan fizikal. Ambil kemakmuran wang 1000 orang dari seluruh dunia. Dan tambah kepada samel ini, sebagai contohnya, Bill Gates. Purata pendapatan bagi sampel ini adalah 99.9% bagi Bill gates (dan tidak akan mengatakan apa-apa tentang sampel 1000 orang itu). "Di Extremestan kesenjangan adalah sungguh besar sehinggakan satu contoh boleh memberikan peningkatan besar yang tidak berkadaran dengan agregat atau jumlah am." ujar Taleb.

3. Nassim Taleb menyeimbangkan antara risiko untuk pendapatan, dan keperluan untuk ketahanan maksimum dana.

Sebagai seorang pedagang, strategi beliau sentiasa seputar menjaga pelanggan dari ancaman krisis dan dalam masa yang sama menuai hasil dari peristiwa-peristiwa yang jarang berlaku (Black Swan), dan justeru karier perdagangan beliau telah menyaksikan pemerolehan beberapa jackpot dan diikuti oleh kemarau yang berpanjangan.

4. Posisi asas yang beliau gemar pegang adalah menjual opsyen at-the-money dan membeli opsyen out-of-the-money; kedua-duanya put dan call. 

Falsafahnya mengatakan bahawa orang ramai sering terlebih menganggar kebarangkalian pergerakan bersaiz normal akan berlaku. Anda akan kaya dengan bertaruh secara sistematik bahawa tiada apa akan berlaku atau sesuatu yang besar akan berlaku.

Buku beliau "Dynamic Hedging" adalah tentang perdagangan opsyen dari perspektif seorang pengamal. Ia memberitahu bahawa seseorang itu harus tahu apa yang dia lakukan, jika dia bukan sahaja faham bagaimana cara kerja perdagangan kompleks, tetapi juga mampu mengeksploit kes-kes luar jangka.

5. Strategi Taleb berdasarkan kepada idea bahawa ada opsyen yang harganya ditentukan salah secara sistematik kerana taburan kebarangkalian pulangan pasaran yang tidak seimbang. 

Bila menggunakan strategi ini, anda perlu bersedia, baik secara kewangan mahupun psikologi, untuk kekal tenang bila anda rasakan anda telah "kerugian" wang bertahun-tahun. Dengan menang hanya 1 kali, sudah cukup untuk menutup semuanya!

Taleb memberitahu beliau memperoleh kekayaan menggunakan kaedah ini beberapa kali sepanjang dua dekad. Strategi ini boelh memberikan pulangan tak terhad dalam pergerakan pasaran yang sangat besar. Mengapa anda tidak siasat lebih lanjut?

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini