Seminar FXTMPartners di Ipoh Berlangsung Di Luar Jangkaan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Seminar FXTMPartners di Ipoh Berlangsung Di Luar Jangkaan




Pada 3 Mac, FXTMPartners meneruskan siri seminarnya di Malaysia selepas sesi yang berjaya di Selangor bersama salah seorang daripada pakar forex yang paling popular di rantau Asia Tenggara. Oma Ally, pengasas Kursus Asas & Lanjutan BBMA, mengalu-alukan kehadiran ramai peminat forex di Hotel Kinta Riverfront di Ipoh, dan mereka semua sudah bersedia untuk memanfaatkan maklumat dalaman dan pengalaman pakar berkenaan. Kehadiran majlis sememangnya di luar jangkaan!

En. Ally telah membentangkan kepakaran beliau terhadap Jalur Bollinger dan penanda Purata Pergerakan, serta menjelaskan kegunaannya kepada para pedagang. Peserta berpeluang untuk bertemu dan mengembangkan rangkaian mereka bersama rakan pedagang dan pelabur di rantau berkenaan.


Bagi pihak FXTMPartners, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah hadir dalam acara eksklusif ini. Kami terus berharap untuk membawa lebih banyak acara yang hebat ke Malaysia dan rantau utama lain, di samping meneruskan peranan kami dalam meluaskan forex di seluruh dunia.

Pastikan anda menandakan halaman seminar kami untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai sebarang acara yang akan datang di rantau anda.

Masih belum berdagang dengan broker yang memenangi anugerah global? Buka akaun dengan FXTM hari ini.










Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini