Kenali Mark, lelaki Thai yang dari papa kini kaya raya


Mark tidak pernah hidup kaya, beliau memulakan kariernya tanpa mempunyai apa-apa melainkan semangat yang kuat untuk memilik hidup yang lebih baik. Beliau menempuh perjalanan yang jauh, dari permulaan yang miskin dan bergelut dengan kerja berat tidak henti sehinggalah beliau menjadi seorang CEO dan pengasas syarikatnya sendiri.

Bermula dengan langsung tidak mempunyai apa-apa ilmu tentang FX, beliau mempelajarinya, belajar bagaimana hendak membuat keuntungan dan memutuskan untuk berkongsi pengalamannya dengan orang lain. Program beliau bernama "Mulakan karier perdagangan anda dari 0" mencapai populariti di Thailand sehingga beliau diberi gelaran Pakar Termuda menurut Traders Fair Thailand 2018.

Di saat wawancara ini dibuat, Mark (nama penuh - Satthakarn Chuenkomol) berusia 30 tahun, seorang pemilik bisnes, dermawan, pelancong tegar dan guru FX kepada ramai orang. Beliau bersetuju untuk kongsikan kepada para pembaca kami kisah kejayaan Forex beliau dan memberikan sedikit nasihat untuk pemula baru.


Bagaimana anda mengetahui tentang perdagangan FX? Mengapa anda memutuskan untuk mencubanya?

Waktu itu saya sedang susah. Pekerjaan saya waktu itu menggunakan hampir kesemua masa saya, ia tidak menggembirakan saya dan saya tidak rasa seperti sedang mencapai apa-apa. Saya kerja semata-mata untuk meneruskan hidup dan menyara keluarga saya. Saya masih ingat, saya pernah tanyakan kepada diri saya sendiri, "Ini sahajakah yang ada, begini sahajakah hidup saya sampai bila-bila?". Saya mahu hidup dan hidup itu dengan bergaya, kaya, bebas. Saya mahu melancong dan menerokai dunia, beli semuanya yang saya mahu dan menjaga keluarga saya dengan baik.

Anda sering melihat gambar-gambar kehidupan yang mewah di internet, benar?

Ya, kadang-kala ia tampak merepek berapa banyak wang yang boleh dibelanjakan orang.
Saya pernah tertanya-tanya mengapa sesetengah orang perlu berkerja keras hanya untuk kelangsungan hidup dan sesetengah yang lain tampaknya memperoleh banyak wang tanpa perlu banyak usaha. Waktu itu saya tidak tahu, tetapi sekarang saya sudah faham.

Orang yang tidak berputus asas dan mengambil risiko sentiasa akan berjaya.


Bukan mudah untuk ambil risiko bila anda juga perlu menyara keluarga anda. Tetapi saya putuskan saya harus mencuba dan lakukan sesuatu. Saya perlu mencari jalan untuk berhenti dari pekerjaan sepenuh masa saya dan mencari peluang untuk membuat lebih banyak wang.

Saya mula menyimpan berdikit-dikit dan menabung untuk tujuan pelaburan. Dalam masa yang sama saya mencari jalan yang baik untuk melaburkan wang dan mendapat pulangan yang tinggi. Rakan saya memberitahu saya tentang Forex dan ia kedengaran seperti suatu idea yang baik pada mulanya, tetapi saya membuat kajian dahulu dan akhirnya memutuskan untuk mencuba.


Apakah sasaran anda dalam perdagangan? Apakah strategi yang anda pilih pada permulaannya?

Pertama sekali, harus saya katakan, saya menceburi bidang ini tanpa apa-apa ilmu ekonomi langsung. Jadi saya putuskan untuk belajar dan berlatih sebelum saya laburkan sebarang wang. Saya tidak memasang harapan yang tinggi. Saya sedar sekarang selepas membaca forum-forum perdagangan Forex saya fikir saya mungkin sedang melakukan kesilapan, betapa saya mungkin akan kehilangan wang pelaburan saya dan berputus harapan. Tetapi saya berjanji dengan diri sendiri bahawa saya akan cuba dan lakukan yang terbaik.

Jadi bila saya depositkan USD2000 saya sedarsaya mungkin tidak akan nampak duit saya kembali. Tetapi bila saya mula berdagang, saya patuh kepada strategi dan menggandakan keuntungan dalam akaun pelaburan saya dalam hanya seminggu. Boleh sahaja dikatakan saya bertuah waktu itu, mungkin benar begitu, tetapi bukan hanya tuah yang membuatkan ia berlaku. Saya telah ambil masa untuk belajar. Saya telah mengira risiko-risikonya. Saya telah menunggu untuk waktu yang tepat, dan saya benar-benar tekad untuk berjaya.

Jangan pula fikir saya hasilkan keuntungan ini hanya dalam satu dagangan. Seperti mana ia mengambil masa untuk mempelajarinya, begitu juga kesabaran diperlukan untuk menunggu sehingga keuntungan dicapai, bagi saya penantian itu memang berbaloi. Tidak perlu terburu-buru, biarkan ia berkerja sendiri untuk anda, keputusannya mantap jika anda berusaha untuk tidak terlalu tergesa-gesa.

Menurut pengalaman anda, apakah masalah yang paling lazim dihadapi oleh para pemula bila mereka mula berdagang? Bagaimana anda menanganinya?

Biasanya para pemula mahu membuat duit dengan pantas. Kesannya mereka tidak meluangkan masa yang cukup untuk belajar dan menghadapi sejumlah kerugian. Saya tangani masalah ini dengan melaburkan lebih banyak masa untuk belajar, merancang dan membaca berita-berita perdagangan setiap hari.

Pada masa ini, apa yang saya perlukan untuk perdagangan adalah sumber berita ekonomi yang boleh diharapkan. Saya ada beberapa penerbit yang boleh dipercayai yang saya baca setiap hari dan memberikan saya semua data yang saya perlukan untuk membina strategi saya.

Setiap pedagang harus sedar apa yang sedang berlaku di pasaran dan cuba meramalkan kesannya. Terpulang kepada anda jika anda mahu berdagang sempena berita atau tidak, kerana ada pelbagai strategi berbeza, tetapi anda mungkin tidak akan mendapat banyak keuntungan tanpa mereka.



Apakah yang anda mampu capai menerusi perdagangan? 

Saya akhirnya boleh meletakkan jawatan dari kerja lama dan mula berkerja sendiri. Syarikat saya kini sudah 5 tahun dan ia terus berkembang. Tentu sekali kami ada banyak rancangan untuk pembangunan di masa hadapan, tetapi sekarang saya gembira saya ada banyak masa untuk diri sendiri.

Melancong adalah satu impian saya sejak kanak-kanak lagi. Sekarang setiap tahun saya akan melawat satu atau beberapa tempat yang saya sudah lama impikan. Ia pengalaman yang menakjubkan bila anda berjaya mencapai impian anda. Akhirnya sekarang saya boleh katakan saya menikmati hidup saya.



Sebagai seorang pedagang yang telah mengecap kejayaan, anda ada rancangan lain untuk masa hadapan?

Saya ingin mengembangkan lagi syarikat saya. Sekarang saya membina sebuah pejabat di Chiang Mai dan sebuah lagi di Bangkok pada tahun 2020. Saya juga ada rancangan untuk membuka anak syarikat yang dijangka akan beroperasi tahun hadapan. Sekarang ini saya dan pasukan saya sedang mengusahakan jabatan antarabangsa yang akan beroperasi di luar Thailand kerana saya percyaa ia akan membawa kami ke satu tahap yang baru dan mencipta reputasi kami sebagai syarikat antarabangsa.

Mengapakah, menurut fikiran anda, sesetengah orang menganggap Forex sebagai sebuah scam? Ada apa-apa yang anda mahu katakan kepada mereka?

Orang yang tidak mendapat hasil yang mereka mahukan adakalanya jadi marah dan menyalahkan pasaran, bukannya mencari sebab sebenar di sebalik kekalahan mereka. Ada banyak sebab anda harus mencubanya tanpa melaburkan apa-apa wang. Anda boleh berdagang di akaun demo dahulu, gunakan akaun bonus, dan lihat sendiri jika ia berbaloi.



Apa yang boleh anda katakan tentang situasi Forex di Thailand?

Ia menjadi semakin popular di sini. Thailand sedang menghadapi “Thailand 4.0” yang bermaksud kerajaan memberikan "lampu hijau" kepada mana-mana start-up atau syarikat perdagangan Forex. Jadi ia 100% legal untuk melabur dengan Forex.

Tentu sekali semua syrikat-syarikat berkenaan dipantau dan jika ada diantara mereka yang menipu kerajaan akan ambil tindakan sewajarnya. Tetapi syarikat tersebut tidak berpeluang untuk terus hidup selepas hilang kepercayaan para pelanggannya jadi syarikat penipu biasanya tidak bertahan lama, dan itu bagus sekali.

Namun selain dari itu, tidak ada banyak perkara lain yang berlaku berkaitan Forex di Thailand.




Apakah kualiti yang ada pada seorang pedagang yang berjaya menurut pendapat anda?

Pedagang yang berjaya sentiasa mempunyai perancangan dan juga rancangan kecemasan. Siapa tahu apa yang akan berlaku, anda tidak boleh ramalkan semua perkara. Dan jika sesuatu yang tidak elok berlaku waktu itulah bergunanya rancangan kecemasan.

Waktu adalah sangat berharga dan setiap pedagang yang bagus harus mempunyai kemahiran menduga masa. Ada masanya anda perlu tahu bila waktu yang baik untuk melabur, dan bila harus berhenti dan sebagainya.

Kualiti yang paling penting untuk setiap pedagang yang berjaya adalah kesabaran. Anda perlu sentiasa memantau pasaran, menunggu dan bersabar setiap masa.

Selain dari berdagang, anda ada minat-minat yang lain? Mungkin anda ada hobi?

Seperti saya telah katakan, saya suka mengembara! Saya selalu mengumpul mata ganjaran untuk trip percutian yang menarik dan fikirkan ke mana harus saya pergi selepas itu.

Saya juga suka bermeditasi. Bila-bila saya mahu kosongkan kepala dari segala-galanya, saya akan mencari masa dan mengambil beberapa minit untuk bermeditasi. Ia juga banyak membantu saya dalam perdagangan.


Tetapi untuk saya, yang turut penting adalah untuk kita tidak lupa bahawa di luar sana sentiasa ada orang yang perlukan bantuan. Saya percaya sebaik selepas anda berjaya mencapai sesuatu, anda harus kongsikannya dengan mereka yang kurang bernasib baik. Kerana itulah saya suka memberi kepada kebajikan, menderma kepada kuil-kuil di Thailand dan membantu orang lain secara am.

Apakah "gaya hidup pedagang" menurut pendapat anda?

Kebebasan. Anda boleh lakukan apa yang anda mahu, apa sahaja.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini