MYR - Ringgit ditutup kukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

MYR - Ringgit ditutup kukuh



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan pengeluaran minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS dan kebimbangan berterusan terhadap perang perdagangan Amerika Syarikat-China, kata penganalisis.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 3.9790/9820 berbanding 3.9800/9850 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Perdagangan OANDA Asia-Pasifik, Stephen Innes bagaimanapun berkata, ringgit akan kekal lemah dalam jangka terdekat sehingga kekurangan kewangan daripada langkah penarafan sifar cukai barang dan perkhidmatan serta hutang awam, berjaya ditangani.

"Hutang awam, terutama bahagian yang dibiayai dalam dolar AS, adalah isu sebenar untuk mata wang pasaran baru muncul kerana kenaikan dolar AS serta kadar faedah akan menjadikan usaha membayar balik hutang menjadi lebih mahal.

Sementara itu, ringgit ditutup bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang lain.

Ringgit meningkat berbanding Yen kepada 3.6265/6299 daripada 3.6311/6369 pada Rabu tetapi merosot berbanding dolar Singapura kepada 2.9656/9685 daripada 2.9606/9653 semalam.

Mata wang tempatan itu menyusut berbanding pound Britain kepada 5.3287/3339 daripada 5.3133/3216 dan rendah sedikit berbanding euro kepada 4.6666/6709 daripada 4.6662/6728 pada Rabu.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini