MYR - Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

MYR - Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini berikutan kurangnya permintaan, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu ditutup pada 3.9780/9820 daripada 3.9700/9740 yang dicatatkan pada penutup Jumaat.

Kata peniaga berkenaan, kebanyakan pelabur memilih dolar AS yang melonjak ke paras tertinggi lima bulan selepas AS dan China mengeluarkan ancaman tarif mereka dan bersetuju untuk mengusahakan perjanjian yang lebih meluas.

"Walaupun harga minyak tinggi, terdapat risiko politik di Malaysia, terutama perbincangan berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan serta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan, selain bagaimana agensi kredit melihat penurunan dalam bajet kewangan.

"Ini akan menyebabkan beberapa ketidaktentuan untuk ringgit," tambahnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9570/9606 daripada 2.9523/9557, tetapi meningkat berbanding yen kepada 3.5744/5790 daripada 3.5769/5815 pada Jumaat.

Ia meningkat berbanding pound British kepada 5.3329/3399 daripada 5.3516/3577 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6722/6785 daripada 4.6751/6806. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini