MYR - Ringgit lemah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

MYR - Ringgit lemah berbanding dolar AS




KUALA LUMPUR: Ringgit lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain selepas pasaran tempatan bersambung semula hari ini selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), yang menyaksikan Pakatan Harapan menubuhkan kerajaan baharu, kata peniaga.

Pada 9.00 pagi, ringgit di sebut pada harga 3.9850/9880 berbanding dolar AS daripada 3.9480/9530 penutup Selasa.

Pasaran ditutup pada Rabu sempena PRU14, disusuli Khamis dan Jumaat yang diumumkan sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh negara.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini