MYR - Ringgit susut berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

MYR - Ringgit susut berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), tetapi mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Pada 9.00 pagi, ringgit disebut pada harga 3.9600/9650 berbanding 3.9540/9580 penutup semalam.

Peniaga berkata, dolar AS mengukuh berlegar di paras tertinggi hampir lima bulan berbanding mata wang utama lain.

Ia susulan perolehan bon Perbendaharaan AS 10 tahun yang melonjak di atas paras tiga peratus yang mencetuskan rali.

"Sehubungan itu, kita menyaksikan dolar AS mendapat momentum belian," katanya.

Mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, dilaporkan berkata ringgit dijangka mencatat prestasi lebih baik sejurus keyakinan pelabur pulih.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9456/9506 daripada 2.9578/9617 Selasa dan menokok berbanding yen pada 3.5886/5938 daripada 3.5972/6081.

Ringgit menokok berbanding pound British kepada 5.3460/3531 daripada 5.3565/3635 dan mengukuh berbanding euro pada 4.6831/6906 daripada 4.7155/7211. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini