Penamaan PM Itali Mempengaruhi Euro



Ketika untuk ramai orang Itali beliau terus menjadi sosok politik yang tidak diketahui, semalam beliau dinamakan Perdana Menteri. Ya, kita sedang berbicara mengenai Bekas Pengarah IMF Carlo Cottarelli.

Ketidakpastian politik meningkat di Itali dan zon Euro berdasarkan pelantikan beliau. Tetapi mengapa? Secara asasnya, kerana Cottarelli kelihatan menjadi sumber terakhir yang digunakan oleh Presiden Sergio Mottarella untuk menghalang penamaan menteri kewangan yang 'eurosceptic' Paolo Savona.

Halangan Mottarella disambut oleh Presiden Perancis Emmanuel Macron, yang mengisytiharkan sokongan beliau untuk apa yang beliau gambarkan sebagai “semangat tanggungjawab yang hebat”.
“Ekonomi Itali adalah masih bertambah dan kewangan awam adalah di bawah kawalan,” Cottarelli berkata. “ Dialog dengan EU untuk mempertahankan kepentingan-kepentingan kita adalah penting dan kita boleh melakukannya dengan lebih baik [tetapi] ia perlulah membina.”

Cottarelli cuba melancarkan sentimen pasaran dengan memberikan beberapa perkataan berkenaan ekonomi ini, tetapi para pelabur curiga mengenai potensi beliau, dan paling berkemungkinan melihat pilihanraya baru di dalam musim luruh.

Matawang Eropah ini bertindak-balas seperti yang dijangka - EURUSD jatuh ke paras rendah enam bulan 1.1619 pada pertengahan sesi, paras terlemahnya sejak bulan November 8.

Euro telah berhadapan tekanan kuat di dalam akhir tahun lepas, selalunya disebabkan konteks politik tertentu. Tidak lama dahulu, Canselor Jerman Angela Merkel bergelut untuk membentuk satu kerajaan, meletakkan risiko politik status-quo daripada ekonomi pertama Eropah.

Itali telah memainkan peranan penting untuk euro juga, tidak hanya kerana opera politiknya, tetapi juga disebabkan sistem perbankan lemahnya, yang memerlukan bantuan daripada institusi-institusi negara di dalam perbagai keadaan untuk mengelakkan krisis kewangan utama.

Indeks dollar US, yang mengukur kekuatan dollar berbanding sekumpulan enam pesaing utama, meningkat 0.16 peratus pada 94.29 pada masa penulisan ini dibuat.

Juga mempengaruhi euro adalah dagangan lebih rendah daripada biasa dan volum kecairan. Pasaran-pasaran US ditutup pada hari Isnin di dalam sambutan cuti 'Memorial Day' (Hari Peringatan).

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini