Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS



Ringgit tidak berubah berbanding dolar US pagi ini walaupun dolar mengukuh ekoran bayangan bahawa Rizab Persekutuan US akan meningkatkan kadar faedah, kata peniaga.

Pada 9.00 pagi, unit tempatan disebut harga pada 3.9480/9510 berbanding dolar US daripada 3.9480/9530 pada penutupan Isnin.

Seorang peniaga berkata nota tempatan menerima sokongan daripada pembeli tempatan pasca pilihan raya umum.

Ketua Pedagang OANDA Asia-Pasifik Stephen Innes pula berkata pelabur tidak membeli bagi meningkatkan risiko ekonomi dalam ringgit, sebaliknya, ia terbuka dan menyebabkan nota tempatan rendah selari lindung nilai prapilihan raya.

"Sentimen ringgit positif susulan sokongan bekalan tempatan dengan peniaga Malaysia selesa menjual dolar menggunakan arahan Bank Negara untuk menghentikan kerugian. Dana pencen tempatan turut menyediakan tahap sokongan yang kuat," katanya.

Innes berkata pada paras 3.95, pasaran terus meraih premium politik susulan ketidaktentuan terhadap cukai barang dan perkhidmatan dan bagaimana penerimaan agensi hutang apabila regim percukaian yang tidak popular itu dimansuhkan.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, nota tempatan didagangkan lebih tinggi.

Ringgit kukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9564/9598 daripada 2.9893/9929 dan meningkat berbanding yen pada 3.5966/6003 daripada 3.6466/6503.

Mata wang tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3555/3599 daripada 5.4053/4113 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7111/7163 daripada 4.7673/7716.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini