Apakah yang menjadikan matawang kripto satu pilihan yang lebih baik berbanding saham-saham teknologi terkemuka

Selama bertahun-tahun, masyarakat melabur di dalam pasaran saham atas tanggapan saham adalah aset yang paling menguntungkan. Namun, pengenalan matawang kripto adalah permulaan sebuah era baru. Ia mempunyai potensi untuk memberikan pulangan yang besar di atas pelaburan anda, tetapi ia juga datang dengan kemeruwapan dan risiko yang besar.

Walaupun orang bercakap tentang risiko yang terkait dengan ICO, institusi kewangan antarabangsa seperti Goldman Sachs dan JPMorgan sudah mula meninjau untuk melabur di dalam sektor ini.

 

Pengerusi dan CEO J.P. Morgan Chase, Jamie Dimon, sudah tidak sekritis terhadap matawang kripto berbanding sebelumnya, dan beliau mengesali pernyataannya dahulu kononnya Bitcoin satu fraud.

"Blockchain itu memang benar," tambah Dimon di dalam sebuah temuramah. "Anda boleh memiliki cryptodollars di dalam yen, dan perkara-perkara seperti itu. ICO... anda perlu teliti setiap satunya. Bitcoin pada saya adalah sama seperti perasaan kerajaan tentang Bitcoin bila ia menjadi terlalu besar. Dan saya mempunyai pendapat yang berbeza dari orang lain."

Di sebalik ramalan-ramalan negatif Bitcoin sedang bersiap untuk menyambut ulangtahunnya yang ke-8 dan meneruskan pecutannya menuju $10,000 setiap 1 BTC. Sementara itu, FAAMG sangat berkemungkinan berhadapan dengan peletusan gelembung teknologi (tech bubble).

Untuk memahami situasi ini dengan lebih baik, mari kita lihat lebih dekat saham-saham teknologi terbesar termasuk kumpulan FAAMG di satu tangan dan matawang kripto di tangan satu lagi.



Pernahkah anda dengarkan tentang FAAMG, "empayar" terbesar media sosial?

FAAMG terdiri daripada Facebook, Amazon, Apple, Microsoft dan Google (Alphabet). Baru-baru ini, Netflix telah terkeluar dari senarai FANG, tetapi Apple dan Microsoft telah ditambahkan untuk membentuk kumpulan baru FAAMG. Ia membolehkan anda membeli saham 5 gergasi teknologi paling popular di pasaran.

Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, industri teknologi adalah salah satu sektor utama Wall Street untuk pelabur. Ledakan startup Silicon Valley menjadikannya sangat menggiurkan untuk pelaburan. Bila peneraju industri seperti Apple dan Microsoft memasuki pasaran, kebanyakan syarikat startup menjadi pilihan saham yang stabil.

Namun demikian, hari-hari yang sukar di pasaran menunjukkan betapa di sebalik kejayaannya, syarikat-syarikat ini mungkin bukanlah wadah pelaburan yang benar-benar selamat. Lagi pula, beberapa pakar khuatir FAAMG menjadi sangat popular sehinggakan wujud kebarangkalian yang serius berlakunya kepecahan gelembung teknologi. Kita sedang bercakap tentang gelembung dot com yang membesar sejak 1997 dan pecah pada 2001.

 

Gelembung teknologi ini menjadi mimpi ngeri bagi ribuan pelabur dan menyebabkan kerugian lebih $5 trilion. Ia kesan daripada spekulasi melampau batas dan pelaburan yang tidak rasional di dalam model perniagaan yang belum pernah terbukti dan tidak menguntungkan. Disebabkan oleh keruntuhan ini sesetengah syarikat yang menarik pelaburan seperti Pets.com dan Webvan, gagal total dan ditutup. Mereka yang paling bertuah terselamat, tetapi dengan kerugian besar. Contohnya, saham Cisco jatuh 86%, dan Qualcomm hilang sebahagian besar permodalan pasarannya.

Pengajaran dari era dotcom harus sentiasa ada di minda setiap pelabur. Pertumbuhan pendapatan yang besar sekali pun tidak melindungi saham yang cemerlang dari sebuah lagi malapetaka kewangan. Malah, syarikat-syarikat dengan prestasi terbaik boleh tumbang. Kami menyarankan anda untuk berhati-hati bila melabur dengan saham FAAMG – naif sekali jika anda berharap mereka dapat berkembang menuju ke bulan selama-lamanya.

Apakah ciri-ciri matawang kripto?

Buat masa ini, matawang kripto cenderung untuk menjadi aset paling mengujakan di kurun ke-21. Matawang digital terpencar ini berfungsi berasaskan kepada teknologi blockchain yang menarik dan bermatlamat besar. Ia memberikan alternatif yang superior untuk mereka yang mencari saluran pembayaran digital yang boleh diharapkan.

Sejak 2010 Bitcoin diramalkan akan mati lebih kurang 173 kali, dengan 93 ramalan menyasarkannya pada tahun 2017. Namun Bitcoin adalah peneraju pasaran matawang kripto yang terus berkembang walau pun berhadapan pelbagai kesukaran.

Jurutera BitGo dan pengasas Bitcoin.info, Jameson Lopp, sangat optimistik tentang Bitcoin kerana matawang kripto ini dengan pantas semakin popular dan terus menerus bertambah baik.

"Blockchain.info menganggarkan (dengan menyisihkan perubahan output yang mungkin) bahawa ~$375 bilion telah bertukar tangan menerusi BTC pada 2017, dengan purata $12,000 sesaat."

"Nilai purata transaksi Bitcoin meningkat daripada $4,000 kepada $80,000 pada 2017."

Dengan peningkatan kadar tukaran sebanyak lebih dari 1,300%, pemodalan pasaran Bitcoin telah meningkat kepada $230 bilion, dan ini meletakkannya di tempat ke 19 antara semua matawang dunia dari segi bekalan wang M1 (tunai dan akaun semasa).

Semakin ramai pakar bersetuju bahawa Bitcoin dan pesaing-pesaingnya yang lebih baru berkeupayaan untuk kekal dalam masa yang lama. Untuk tempoh 5-10 tahun, Bitcoin dan Altcoins yang utama pasti akan kekal wujud.



Top 5 matawang kripto untuk pelaburan:

1. Bitcoin - yang Pertama dan yang Terbesar

Platform yang kukuh dan canggih ini membolehkan penggunaan matawang kripto untuk lebih dari sekadar pasaran kewangan – untuk perjanjian quid pro quo dan lain-lain kegunaan yang revolusioner, semuanya berkat dari yuran transaksi yang hampir sifar.

2. Ripple – Wang Elektronik Modal Teroka

Syarikat yang berada di belakang Ripple adalah OpenCoin. Ia menerima modal teroka berjumlah $2 juta pada bulan Mei. Pusingan pemodalan seterusnya untuk evolusi OpenCoin kepada Ripple Labs adalah sebesar $3 juta.

3. Litecoin – 84 Juta Koin Lebih Pantas Daripada Bitcoin

Ia mempunyai pemodalan pasaran kedua atau ketiga terbesar dengan 7.8 bilion dolar. Ini bergantung sama ada Ripple boleh dianggap sebagai matawang kripto atau tidak.

4. Peercoin – Pesaing Kuat Yang Mesra Alam

Dikatakan mampan dan mesra alam dalam jangka masa panjang kerana proses perlombongannya akan memerlukan sangat sedikit tenaga berbanding Bitcoin.

5. Mastercoin – Platform Kripto

Para pengaturcara mendakwa Mastercoin boleh digunakan sebagai pemudah cara matawang pengguna, agar sesiapa pun boleh mencipta kripto mereka sendiri.

Matawang kripto mempunyai potensi pulangan yang besar. Ada satu fakta statistikal yang menggoda semua orang untuk melabur pada matawang kripto. Bayangkan bahawa $1,000 yang dilaburkan dengan Bitcoin pada tahun 2013 kini bernilai lebih $400,000. Hebat, bukan?

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini