Bitcoin Hampir Membuat Lantunan? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Bitcoin Hampir Membuat Lantunan?



Kita memahaminya. Prestasi Bitcoin telah menjadi sedikit mengecewakan sejak permulaan tahun 2018, terutamanya berbanding $20,000 yang dicapai tidak lama dahulu.

Sebelumnya hari ini, wang kripto paling terkenal di dunia ini diniagakan pada $7402, jatuh 1.15 peratus. Bitcoin kekal di dalam spot sukar ketika 'penurunan' (bears) terus menolak harga ke bawah dan wang digital itu telah gagal beberapa kali untuk mengukuh melebihi paras rintangan.

Baik. Ianya benar. Para penganalisa tidak keseluruhannya positif terhadap perspektif jangka pendek untuk Bitcoin,tetapi bagaimana jika kita mengambil pandangan lebih luas pada carta?
Analisis teknikal menunjukkan bahawa Bitcoin mungkin mencapai paras dasar segera, yang membuka pintu-pintu kepada pemulihan yang berhasil di hadapan. Sebagai sasaran lantunan berpotensi, jajaran $10,000-$12,000 adalah dilihat.

“Ketika ianya pramatang untuk menyimpulkan pembetulan ini telah berakhir, terdapat perkembangan teknikal positif minggu ini yang mencadangkan tahap pertama daripada tiga tahap
'bottoming process' (proses bergerak paling dasar) sedang berkembang,” tulis Rob Sluymer, ahli strategi teknikal di Fundstrat Global Advisors, kepada para pelanggannya.

Sluymer menerangkan bahawa tiga tahap 'bottoming' termasuk:

1. Satu pergerakan memperlahan trend ke bawah
2. Satu pemulihan melebihi trend ke bawah
3. Satu penggantian trend ke bawah sebenar

Menurut carta, trend ke bawah Bitcoin telah kehilangan kekuatan dan terdapat sedikit pemulihan melebihi trend ke bawah. Sekarang ini sekali lagi, paras sokongan $7,000 sedang menyeru kepada serangan 'menurun' (bearish), tetapi ia boleh menjadi satu peluang untuk melantun semula ke paras-paras sebelumnya.

“'Moving average' 15 hari telah menjadi proksi yang baik untuk trend,” kata Sluymer, menambah bahawa 'kenaikan' (bulls) Bitcoin mengekalkan ramalan mereka pada $25,000 pada akhir tahun ini.
Ketika Sluymer tidak akan bergerak sepenuhnya dengan idea pergerakan 'menaik' (bullish), beliau berasa bahawa mengurangkan posisi jualan mungkin adalah satu idea yang baik untuk para pelabur.

“Kami mencadangkan para pelabur/'traders' mula mengurangkan posisi-posisi jualan BTC dan mula melaksanakankan secara berperingkat posisi-posisi belian”.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini