Ringgit mendatar berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mendatar berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini selepas lantunan semalam, kata peniaga.

Pada 9.04 pagi, ringgit disebut pada 3.9780/9810 berbanding 3.9780/9820 penutup Khamis.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata terdapat kelegaan di pasaran bon Malaysia semalam yang membantu ringgit daripada terus turun.

Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.2860/2907 daripada 5.3059/3116 Khamis dan menokok berbanding euro pada 4.6515/6562 daripada 4.6551/6505.

Ringgit juga mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9720/9753 berbanding 2.9749/9785 dan menokok berbanding yen kepada 3.6512/6550 daripada 3.6542/6589.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini