Ringgit mengukuh kecuali yen, dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh kecuali yen, dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit lemah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan disebabkan ketidaktentuan dalam persekitaran ekonomi tempatan, kata peniaga.

Pada 9.27 pagi, ringgit disebut pada harga 3.9790/9820 daripada 3.9750/9780 penutup semalam.

Peniaga berkata, selain ketidaktentuan fiskal mata wang tempatan terus lemah oleh kekurangan tindakan dalam pasaran bon.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang utama lain kecuali yen, yang mana ia susut kepada 3.6229/6266 daripada 3.6159/6190.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9834/9877 daripada 2.9849/9876 semalam, dan menokok kepada 5.3386/3450 daripada 5.3472/3524 berbanding pound British.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.6976/7019 daripada 4.6977/7024.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini