Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini kerana pemain pasaran menanti lebih banyak petunjuk daripada pihak berkuasa berhubung pengganti Tan Sri Muhammad Ibrahim sebagai gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu.

Pada 9.27 pagi, ringgit disebut pada harga 3.9720/9750 berbanding dolar AS, tidak berubah berbanding penutup semalam.

Peniaga berkata, pasaran berhati-hati mengambil kira pengganti beliau belum dinamakan lagi, sungguhpun bekas timbalan Gabenor BNM Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus disebut-sebut sebagai calon paling layak untuk menerajui bank pusat itu.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih lemah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9831/9860 daripada 2.9789/9813 semalam dan lebih rendah berbanding yen kepada 3.6080/6113 daripada 3.6047/6087.

Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.3364/3420 daripada 5.3332/3380 dan susut berbanding euro kepada 4.6854/6901 daripada 4.6746/6794.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini