CARA-CARA BERDAGANG DENGAN ELLIOTT WAVES - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

CARA-CARA BERDAGANG DENGAN ELLIOTT WAVES



Satu masa dahulu, kami pernah menuliskan sebuah tutorial pengenalan kepada Elliot Wave, mencakupi asas-asas teori Elliot Wave. Masanya kini tiba untuk kami berikan pengisian buat anda dengan teknik perdagangan prinsip Elliott Wave yang lebih maju. Di dalam artikel yang berikut, kami akan mendedahkan 3 cara untuk berdagang Elliott Wave. Sebelum itu, anda harus pelajari bagaimana hendak mengecam titik-titik masuk, renti rugi (stop loss), dan keluar.

Katakanlah anda mula mengira gelombang (wave) anda dari satu swing harga tertentu. Ia harus diikuti oleh sebuah pengunduran, biasanya tidak lebih 50% dari panjang gelombang pertama. Sebenarnya memang peraturan wajib perdagangan Elliot Wave – gelombang kedua tidak boleh melintasi titik mula gelombang pertama. Jika harga mengundur lebih dari 100% maka kiraan gelombang anda salah. Permulaan gelombang ketiga adalah signal yang sangat kuat. Biasanya ia adalah gelombang terpanjang di dalam seluruh kitaran. Peraturan wajib kedua mengatakan gelombang ke-empat tidak boleh berakhir di dalam wilayah harga gelombang pertama.

Berdagang dengan gelombang ketiga kitaran Elliot



Seperti yang anda mungkin masih ingat, gelombang ketiga adalah yang paling panjang dan paling berkuasa di dalam kitaran aksi harga. Ia haruslah lebih besar dari 161.8% dari gelombang bukan lanjutan yang lain. Gelombang kedua mengundur 50 - 61.8% dari puncak gelombang pertama. Apa yang anda boleh lakukan dalam dagangan long adalah untuk meletakkan pesanan limit tertunda (pending limit order) di antara 50 - 61.8% dari gelombang pertama (dan di dalam julat gelombang kedua). Ambilan untung harus diletakkan pada 161.8% dari penghujung gelombang kedua; sebuah renti ruga juga boleh ditemui di awal permulaan aktiviti perdagangan.

Berdagang dengan gelombang kelima



Sebelum mula berdagang dengan gelombang kelima, anda harus ingat bahawa ia tidak semestinya sama dengan gelombang pertama. Peraturan berikut membolehkan para pedagang untuk mengukur gelombang pertama yang sudah pun terbentuk dan mengunjurkan panjangnya dari hujung gelombang keempat (sambil beringat bahawa gelombang kelima adalah berbeza).

Kami cadangkan agar anda mencari 61.8% dari gelombang pertama dan mengunjurkannya dari gelombang keempat. Kemudian short di penghujung gelombang kelima di dalam struktur 5 gelombang yang bullish, mensasarkan pengunduran 38.2% dari keseluruhan swing. Jika suatu gelombang itu korektif (bukan impulsif), kebarangkaliannya cerah ia adalah pengunduran 61.8%.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini