Hari ini saya ingin memberitahu anda satu kisah mengenai seorang jejaka bernama Fred yang berjaya membuat $1,000,000 dengan hanya 40 dagangan. Sangat mengkagumkan, saya setuju. Berikut adalah salah satu dari strategi-strategi yang beliau cadangkan. Ia dipanggil strategi dagangan forex 30 pip sehari. Anda tahu bahawa GBP/JPY adalah pasangan matawang yang boleh dikatakan meruwap yang boleh membuat swing yang besar (dari 100-200 pip).
Jadi sasaran kita bukanlah untuk menangkap semua margin harga ini dalam satu sesi, tetapi hanya 30 pip. Setelah kita selesai menokok-nambah cerita, barulah kita akan teruskan dengan perkara yang benar-benar penting – penerangan tentang strategi.
“Ramuan utama”:
1.Pasangan matawang GBP/JPY
2.Bertukar kepada skrin 5 minit
3.Tambah beberapa indikator ke carta anda: purata bergerak eksponen (EMA) 10 dan 26
Cara berdagang:
JIka EMA 10 menyilang EMA 26 dan menaik, kita berhadapan dengan uptrend. Jika EMA 10 menyilang EMA 26 dan ia menurun, maka ia downtrend. Selepas kita mendapat persilangan EMA, kita harus mengenal pasti zon tindakan pedagang (zon penyongsangan, zon pembelian atau penjualan bergantung kepada apa trend utama pasaran). Ia berlaku di penghujung rally pendek pada trend yang dominan bullish.
Bayangkan trend utama pasaran adalah menurun, rally pendek dalam pasaran downtrend. Rally harga ((pergerakan menaik harga jangka pendek) biasanya berakhir di dalam zon tindakan pedagang bila harga mulai jatuh pada arah trend utama sekali lagi. Logik yang sama tetapi situasi berlawanan juga terjadi jika pasaran adalah bullish.
Tindakan anda bila menghadapi downtrend:
- Anda ternampak EMA 10 menyilang EMA 26 dan turun ke bawah.
- Anda tidak terus menjual sebaik selepas penyilangan; anda tunggu untuk pengundura n.
- Kemudian anda terus menjual bila ada kandil masuk ke dalam zon tindakan pedagang separuh j alan antara EMA 10 dan EMA 26.
-Anda boleh letakkan renti rugi 15-20 pip
- Sasaran ambilan untung anda adalah 30 pip
Tindakan anda bila menghadapi uptrend:
- Anda ternampak EMA 10 menyilang EMA 26 dan naik ke atas.
- Anda tidak terus membeli sebaik selepas penyilangan; anda tunggu untuk pengunduran.
- Kemudian anda terus menjual bila ada kandil masuk ke dalam zon tindakan pedagang separuh jalan antara EMA 10 dan EMA 26.
- Anda boleh letakkan renti rugi 15-20 pip
- Sasaran ambilan untung anda adalah 30-40 pip