Dua Cara Untuk Cari Wang Dengan BitCoin - Strategi Berdagang BitCoin - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Dua Cara Untuk Cari Wang Dengan BitCoin - Strategi Berdagang BitCoin


Jika matawang kripto tidak wujud, seseorang perlu menciptakannya. Perubahan harga Bitcoin biasanya lebih besar dari matawang kripto lain seperti EUR/USD, USD/JPY, dan major-major lain. Oleh kerana gerakan harga Bitcoin adalah lebih besar, ini bermakna anda boleh membuat untung yang lebih besar dengan lebih pantas.

Mekanisme perdagangan matawang kripto di FBS mudah sahaja. Anda boleh dagangkan Bitcoin, LiteCoin, Ethereum dan Dash melawan USD seperti pasangan matawang lain, menggunakan MetaTrader.

Untuk meningkatkan peluang kejayaan anda, anda perlu sistematik. Di dalam artikel ini, kami bentangkan 2 strategi yang akan membantu anda memperoleh kelebihan bila memperdagangkan Bitcoin. Strategi-strategi ini mengambil kira kemeruwapan tinggi Bitcoin. Pilih satu strategi yang paling sesuai dengan jiwa anda dan terus mula hasilkan keuntungan!


1. Berdagang sempena berita

Bitcoin biasanya tidak bertindak balas kepada berita dari kalendar ekonomi. Anda perlu mengikuti berita yang spesifik tentang Bitcoin. Berita-berita sebegini mempunyai impak yang berlanjutan lebih lama berbanding berita ekonomi seperti Daftar Gaji Bukan Perladangan AS (US NFP). Sebagai contoh, jika anda ketahui bahawa sebuah dana besar melabur ratusan juta dolar pada Bitcoin, pertimbangkanlah membeli matawang kripto dalam beberapa hari seterusnya. Jika sebuah pengurup matawang kripto digodam, pertimbangkanlah untuk menjual Bitcoin.

Mari kita gunakan beberapa contoh terkini sebagai ilustrasi bagi idea ini. Harga Bitcoin melakukan pusingan dan mendongak ke atas semula pada bulan April. Kenaikan matawang kripto ini disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama sekali, Bitcoin diumumkan sebagai patuh Shariah. Keduanya, ada laporan yang melaporkan bahawa pelabur terkenal, George Soros, berminat hendak berdagang matawang kripto. Tambahan lagi, para pedagang sedang menantikan World Blockchain Forum yang akan berlangsung di Dubai pada 16-17 April. Anak panah hijau menandakan permulaan swing ke atas bagi Bitcoin. Matawang kripto ini meningkat sebanyak 30% selama sebulan rentetan dari berita-berita positif ini.

Kemudian, faktor baru mula memainkan peranan. Enjin carian milik Microsoft, Bing, menyertai gergasi-gergasi internet lain mengharamkan iklan-iklan berkaitan kripto dari rangkaiannya pada Julai 2018. Tambahan pula, matawang-matawang kripto menerima kritikan dari pihak-pihak berkuasa kewangan Eropah. Anak panah merah menandakan permulaan jualan besar-besaran Bitcoin. Trend negatif ini berterusan sehingga saat ini.



Perhatikan strategi ini memerlukan anda mengikuti laman-laman web dan blog khusus yang menjejaki peristiwa-peristiwa berkaitan Bitcoin. Anda juga akan perlu menapis khabar-khabar hingar yang tidak membawa kepada sebarang trend dan fokus berita-berita yang benar-benar penting sahaja.



2. Berdagang dengan analisis teknikal

Analisis teknikal boleh menjadi sumber idea berdagang yang sangat bagus untuk Bitcoin. Kami tidak menyarankan scalping atau di dalam perkataan lain berdagang dalam tempoh yang paling singkat. Adalah lebih baik untuk fokus pada rangka masa yang lebih besar dari H1 kerana ia akan membolehkan anda mendapat idea yang menyeluruh bagi pasaran ini.

Bitcoin cenderung bergerak dalam trend. Strategi paling berpotensi adalah dengan memilih sistem perdagangan trend untuk Bitcoin. Ia boleh terdiri dari sistem yang ringkas seperti berdagang dengan berasaskan kepada purata bergerak (moving average) atau kombo beberapa MA.

Berikut adalah satu contoh strategi berdagang dengan Bitcoin.

Rangkamasa: H4

Indikator: EMA (Exponential Moving Averages) 200, 26 dan 12

Strategi ini menghasilkan signal JUAL (SELL) bila:

1. Pasaran sedang dalam downtrend. Harga harus berada di bawah EMA 200 (garisan oren di carta).

2. EMA 12 (garisan merah) turun ke bawah EMA 26 (garisan biru).

Ambilan untung bila harga bergerak ke atas semula dan menyentuh EMA 12. Letakkan Renti Rugi (Stop Loss) di atas swing atas. Jangan lupa tentang pengurusan dana (money management). Lakukan sebaliknya untuk dagangan BELI (BUY).


Petua: Dagangkan matawang kripto lain

Untuk meminimumkan risiko dan memaksimumkan keutungan anda bila berdagang matawang kripto, pelbagaikan pelaburan anda dengan mengagihkannya kepada beberapa matawang kripto berbeza. Setiap matawang kripto mempunyai matlamatnya sendiri. Contohnya, Bitcoin dan Litecoin berfungsi secara langsung sebagai matawang. Ethereum mewakili platform aplikasi terpencar (decentralized), sementara DASH memfokuskan kepada privasi penggunanya.

Semua ini adalah matawang kripto yang mempunyai kecairan dan pemodalan pasaran yang tinggi, dan anda boleh dagangkannya di FBS. Memilih matawang kripto yang mewakili industri berlainan dianggap satu langkah yang bijak: jika salah satu daripadanya tiba-tiba meroket ke bulan, anda telah bersedia awal-awal lagi!

Kesimpulan di sini adalah mudah: pelbagaikan (diversify), ikuti berita, dan gunakan analisis teknikal untuk kaut keuntungan dengan matawang kripto!

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini