Kemaskini CopyTrade: lebih pintar dari dulu - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Kemaskini CopyTrade: lebih pintar dari dulu



Pasukan FBS telah mengemaskini app CopyTrade – platform baru perdagangan sosial FBS yang membolehkan orang ramai meniru prestasi Pedagang terbaik dan mereka juga dapt meraih keuntungan bila Pedagang untung.

Kini, CopyTrade semakin mudah digunakan – kami telah memperbaiki sistem pembayaran dan menambah sistem navigasi yang membolehkan anda mencari Pedagang pro dengan lebih mudah.

• Penambahan info tentang akaun Pedagang

Pertama sekali, kami telah menambah panjang info berkaitan akaun Pedagang – mulai sekarang, para Pedagang boleh menambah keterangan profil mereka sehingga 500 aksara dan memaklumkan orang ramai tentang kemahiran dan pengalaman mereka untuk menarik Pelabur baru.

Keterangan profil Pedagang sangat bermakna, jadi fitur baru ini pastinya akan membantu Pedagang dan Pelabur mencari keserasian.




• Otentikasi biometrik

Otentikasi biometrik adalah satu lagi penambahan signifikan kepada versi terbaru. Akaun anda akan dilindungi dengan teknologi terbaik seperti Kod Pin, TouchID dan FaceID.

Keselamatan ekstra pasti mententeramkan anda, terutamanya bila anda berurusan dengan wang. Wang besar jika anda menggunakan CopyTrade ;)



• Fitur Carian dan Saringan

Kami juga telah menampah fitur "Carian" dan "Tapisan" ke senarai Pedagang.

Anda boleh mencari dan menapis Pedagang berdasarkan negara, bilangan pesanan sudah ditutup, status aktif/non-aktif Pedagang, dan usia akaun.



• Navigasi maju dan undur menerusi WebView bagi operasi pembayaran

Fitur ini berguna seandainya anda tersilap memasukkan butiran pembayaran, dan mahu undur dan membetulkannya tanpa kehilangan maklumat yang sudah dimasukkan.

Penambahan fitur ini pasti sangat membantu penggunaan CopyTrade.



Yang terakhir sekali, namun tidak kurang pentingnya, kami telah memperbaiki masalah nahas pada iPhone 6+ 10.3.2, memperbetulkan ralat bagi sesetengah penterjemahan, mengoptimakan deposit menerusi CashU, Visa, bank tempatan Thailand dan Malaysia, serta memperbaiki senarai sistem pembayaran.


App ini sudah sedia untuk memberikan anda keuntungan lumayan. Cubalah – pengalaman berdagang tidak pernah sebaik ini!

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini