Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penurunan semalam apabila susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini akibat faktor luaran yang turut menyebabkan penyusutan mata wang negara sedang pesat membangun lain, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit ditutup pada paras 4.0500/0530 berbanding dolar AS daripada 4.0395/0425, sewaktu ditutup semalam.

Peniaga berkata, sejumlah mata wang negara pesat membangun lainnya turut terjejas akibat momentum belian terhadap dolar AS, termasuk beberapa negara jiran Malaysia berikutan pertikaian dagangan AS-China yang berlanjutan sehingga kini.

"Konflik perdagangan antara AS dan China terbukti masih menguasai sentimen belian di pasaran dan menyebabkan pelabur mengalihkan minat mereka kepada dolar AS.

"Di peringkat tempatan, ringgit kekal diasak tekanan berbanding dolar AS selepas maklumat data inflasi negara maju itu mengesahkan lagi bahawa Rizab Persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah sebanyak dua kali pada tahun ini," kata peniaga itu.

Sewaktu ditutup, ringgit bagaimanapun diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9620/9651 daripada 2.9643/9672 dan naik berbanding euro kepada 4.7122/7161 daripada 4.7161/7212 pada Khamis.

Ia turut mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3189/3236 daripada 5.3394/3438 namun susut berbanding yen kepada 3.6006/6043 daripada 3.5926/5959 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini